Langkau ke kandungan utama

JDT gah di persada Liga Super

PEMAIN sayap kanan JDT Safawi Rasid (dua dari kiri) meraikan gol
PEMAIN sayap kanan JDT Safawi Rasid (dua dari kiri) meraikan gol pembukaan pasukannya dalam perlawanan Liga Super ketika bertemu PKNS FC di Stadium Shah Alam hari.- BERNAMA
KUALA LUMPUR 18 Mei - Johor Darul Ta'zim (JDT) mencengkam kedudukan teratas selepas menumpaskan PKNS FC 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Pemain sayap JDT, Safawi Rasid membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi gerakan solo dari sebelah kiri gol tuan rumah sebelum melakukan rembatan dalam kotak penalti.
Bagaimanapun lima minit sebelum berakhir babak pertama, Romel Morales menyudahkan hanyaran K. Gurusamy untuk gol penyamaan.
Bersambung babak kedua, penyerang sensasi Harimau Selatan Diogo meledak gol kemenangan pada minit ke-60, sekali gus membolehkan mereka meraih tiga mata.
Kemenangan tersebut meletakkan JDT terus selesa menerajui takhta liga dengan 36 mata, manakala skuad Semut Merah di tempat kelapan (16 mata)
Sementara itu di Stadium MBPJ, penyerang Petaling Jaya (PJ) City, Safee Salee memastikan tiga mata berharga milik tuan rumah apabila menjaringkan gol tunggal pada minit terakhir perlawanan untuk mengalahkan pasukan sedang bergelut Kuala Lumpur 1-0.
Kejayaan itu membolehkan PJ City mendaki ke tangga ketujuh dengan 17 mata, manakala Kuala Lumpur di tempat kedua terakhir (11 mata).- UTUSAN ONLINE

Ulasan