JDT GAH DI LARKIN, JARAKKAN DIRI DI PUNCAK LIGA
Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengekalkan rentak kemenangan dengan menewaskan pasukan Pahang 2-0 sebentar tadi di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
JDT nampak agak sukar menembusi pintu gol Pahang walaupun banyak mengusai permainan sejak wisel permulaan hingga tamat separuh masa pertama. Banyak percubaan dapat diselamatkan oleh sama ada pertahanan mahu pun penjaga gol Pahang, Helmi Eliza yang bertindak cemerlang.
Kedua-dua pasukan terikat kedudukan 0-0 di separuh masa pertama. JDT akhirnya berjaya mendahului Pahang pada minit ke 69 hasil daripada jaringan Hariss Harun yang meolak masuk bola ke gawang gol Pahang menewaskan penjaga gol Pahang.
Gol jaringan Hariss terhasil melalui lorongan cantik pemain gantian Akhyar Rashid yang berjaya menewaskan dua pemain Pahang.
Beberapa kali juga Pahang turut menggugat Farizal Marlias namun kepantasan beliau berjaya menidakkan beberapa percubaan bahaya Pahang.
Akhyar Rashid yang dibawa masuk menggantikan Leandro pada minit ke 65 turut berjaya menyumbang gol kedua JDT pada 3 minit masa tambahan. Gol jaringan Akhyar hasil daripada sepakan cantik itu mengakhiri perlawanan malam tadi.
Kemenangan JDT itu menjarakkan kedudukan antara JDT, pendahulu liga dan Pahang. JDT berjaya mengutip 33 mata selepas 13 perlawanan. Manakala Pahang di tempat kedua dengan 25 mata. JDT dilihat agak selesa di atas dengan perbezaan 8 mata.
Liga Super Malaysia 2019 mempunyai 9 perlawanan lagi untuk ditamatkan. JDT sudah tentu berhasrat untuk mencipta rekod 6 tahun berturut-tutut menjuarai Liga Super tahun ini.
Barisan kesebelasan utama JDT : Farizal Marlias, Afiq Fazail, Aidil Zafuan, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Leandro Sebastián Velázquez, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Maurício dos Santos Nascimento
Keputusan perlawanan malam ini :
JDT 2-0 Pahang
KL 2-1 PKNS
TFC 3-5 PJC
Perak 3-1 PKNP
Foto : The Photoshooterz
Ulasan
Catat Ulasan