INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | SANCTITY OF ISLAM AND HARMONY ACROSS RACES UNDER JOHOR SULTANATE'S LEADERSHIP - PART THREE

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KESUCIAN ISLAM DAN KEHARMONIAN SEMUA KAUM DI BAWAH KEPIMPINAN KESULTANAN JOHOR - BAHAGIAN TIGA
Mengimbangi dunia dan akhirat menjadi penekanan Kesultanan Johor sejak pertengahan kurun ke-19 pemodenan Kerajaan Johor. Keprihatinan Istana Johor tidak pernah ada hentinya apatah lagi bulan Ramadan yang paling tinggi ganjaran pahalanya. Jadual padat DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim dan Keluarga Diraja tidak menjadi penghalang.
Keistimewaan bulan Ramadan ditambah seri keberangkatan baginda Tuanku, Tunku Mahkota dan Keluarga Diraja melihat sendiri aktiviti rakyat. Kunjungan ke masjid-masjid di segenap pelusuk mukim dan daerah dan bazar-bazar Ramadan dilakukan setiap tahun. Disamping itu, dengan cara begini permasalahan yang dihadapi masyarakat dapat dipanjangkan kepada badan-badan kerajaan.
Kunjungan Diraja seringkali diserikan dengan sumbangan peribadi kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim. DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Permaisuri meneruskan amalan menyumbangkan juadah berbuka puasa kepada golongan miskin dan tidak dilupakan juga buruh warga asing yang mencari rezeki di bumi Johor.
Mencontohi kemurahan hati baginda, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sejak beberapa tahun lalu secara peribadi turut menyumbangkan wang dan keperluan hidup kepada keluarga fakir miskin di setiap daerah di negeri Johor.
Ramadan tahun 2016 turut mencatat kenangan manis apabila anakanda Ratu Elizabeth iaitu Putera Andrew yang merupakan Duke of York, melakukan kunjungan ke Istana Bukit Serene mengadap DYMM Sultan Johor. Hubungan akrab Keluarga Diraja Johor dan Britain turut menyaksikan Putera Andrew berkenan menyertai Keluarga Diraja Johor berbuka puasa bersama. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | SANCTITY OF ISLAM AND HARMONY ACROSS RACES UNDER JOHOR SULTANATE'S LEADERSHIP - PART THREE
Balancing between the now and hereafter has always been emphasised by the Johor Sultanate since the modernisation of the Johor government in the mid-19th century. The Johor Palace's priority has never wavered especially with the month of Ramadan gifting the most bountiful rewards. The tight schedule of HM Sultan of Johor Sultan Ibrahim and the Royal Family has never been an obstacle.
The blessed month of Ramadan often sees His Majesty, the Crown Prince and the Royal Family observe the people's activities in person. Visits to mosques in various precincts and districts as well as Ramadan bazaars are made every year. The visits could also help relay problems faced by the people to relevant governmental bodies.
The royal visits often see personal contributions being made to the unfortunate and orphans. HM Sultan Ibrahim and HM Permaisuri have continued the tradition of contributing to breaking of fast feasts to the poor as well as foreign workers working in Johor.
Following in His Majesty's footsteps, in the past few years HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, has contributed financial assistance and welfare aid to poor Muslim families in every district in Johor.
Ramadan 2016 provided a touching moment as Queen Elizabeth's son, Prince Andrew who is also the Duke of York, visited Bukit Serene Palace to meet HM Sultan of Johor. The close ties between the Johor and British Royal Families saw Prince Andrew join the Johor Royal Family in breaking of fast together. Allah Peliharakan Sultan.

Image

Ulasan