INILAH REKOD YANG DICIPTA OLEH JDT DALAM LIGA JUARA-JUARA AFC



INILAH REKOD YANG DICIPTA OLEH JDT DALAM LIGA JUARA-JUARA AFC


Inilah Rekod Yang Dicipta Oleh JDT Dalam Liga Juara-Juara AFC
Kelab JDT boleh dianggap sebagai pencetus dan pencipta rekod-rekod bola sepak Malaysia terutama di peringkat Asia. Bermula dengan kejuaraan, kini Liga Juara-Juara AFC pula.
  1. Kelab pertama Malaysia bermain dalam peringkat kumpulan ACL
  2. Kelab pertama Malaysia yang mencipta jaringan dalam ACL
  3. Kelab pertama Malaysia memperoleh mata dalam ACL
  4. Kelab pertama Malaysia yang beroleh kemenangan dalam ACL
Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta kejutan besar dalam Liga Juara-Juara AFC 2019 selepas mencapai kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan Kashima Antlers.
Ia adalah satu malam yang akan diingati di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos pada 8 Mei 2019 apabila JDT mengukir satu lagi kejayaan dalam sejarah bola sepak Malaysia dengan menjadi pasukan Malaysia pertama yang menang dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC.
Untuk melakukannya di hadapan penyokong mereka terhadap kelab gergasi Jepun, Kashima Antlers yang juga juara bertahan ACL2018 memerlukan satu kesungguhan, semangat dan komitmen yang tinggi. 
Ia juga menjadi titik tolak dan hala tuju di masa hadapan JDT dalam kancah bola sepak peringkat tertinggi Asia. Tidak mustahil JDT boleh menjadi sebuah kelab elit bola sepak Asia setanding dengan kelab gergasi lain.
Penulis rasakan rekod-rekod yang tercipta itu belum berakhir lagi. Malah ada lagi rekod-rekod sejarah yang bakal tercipta dari tahun ke tahun mendatang.

Ulasan