GONZALO CABRERA PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2019 SETAKAT INI



GONZALO CABRERA PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2019 SETAKAT INI

Gonzalo Cabrera Penjaring Terbanyak Liga Super 2019 Setakat Ini

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super dengan meledakkan lapan gol diikuti rakan sepasukannya, Diogo Luis Santo dengan merekodkan tujuh gol selepas 12 perlawanan liga berlangsung.
Dalam pada itu, penyerang Kedah, Fernando Rodriguez dan penyerang PKNS FC, Kpah Sherman berkongsi kedudukan ketiga dengan merakamkan enam gol.
Sementara itu, bagi aksi Liga Perdana dua barisan depan UiTM FC, Zarko Korac menerajui kedudukan penjaring terbanyak dengan mencatat sembilan gol manakala rakan sepasukannya, Robert Mendy (7 gol).
Kedudukan ketiga penjaring terbanyak Liga Perdana dikongsi tiga penyerang yang menjaringkan lima gol iaitu Lee Chang-Hoon dari pasukan PDRM, Mohamad Ghaddar (JDT II) dan Rodoljub Paunovic (Sabah).
Sumber : Utusan Malaysia / Foto : MFL

Ulasan