FIGO PUN SOKONG TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat sokongan daripada bekas Pemain Terbaik Dunia, Luis Figo dalam usaha beliau melakukan penambahbaikkan dalam Liga Malaysia (Liga M).
Selaku Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan Liga M berjalan dengan lancar, namun semua itu tidak akan berjaya jika ada kelab enggan mengikuti peraturan telah ditetapkan.
Bekas bintang tengah Real Madrid dan Portugal itu berkata, TMJ berada pada landasan yang tepat dalam menaikkan mutu Liga M, bagaimanapun jika tiada kelab mahu mengikuti peraturan, segala usaha pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjadi sia-sia.
“Jika anda mahu liga menjadi lebih baik, kelab perlu mengikuti segala syarat dan peraturan liga. Apa yang TMJ lakukan adalah betul dan beliau berada di landasan yang tepat.
“Jika kelab tidak mengikuti peraturan dan syarat yang ditetapkan, liga tidak akan maju,” kata Figo.
Sumber : Utusan Malaysia
Foto : The Photoshooterz
Ulasan
Catat Ulasan