ELEGI ASONASI TOK GAJAH, HADIAH DARI HARIMAU SELATAN

ELEGI ASONASI TOK GAJAH, HADIAH DARI HARIMAU SELATAN
Dua kosong!
Keputusan yang mampu menganggu kitaran sistem kardiovaskular. Hati Tok Gajah sebak bersulam gusar, lutut pula pastinya tidak berhenti gigil menggeletar, inkarserasi oleh atmosfera Larkin, hingga terhakis segala rasa yakin.
Tok Gajah jelas nampak kecewa, nawaitu menundukkan Harimau Selatan tidak berjaya, walaupun disokong satu Malaya, biarpun keringat habis dikerah sedaya upaya.
Sejak saat pertama tiupan wisel pengadil memulakan perlawanan, Harimau Selatan berjuang tanpa eksistensi tekanan, kekal fokus mengimplementasi aspirasi dengan integralistik, mendeklamasikan iltizam dengan penuh optimistik.
"Mulut mereka tertutup"
Bagai perwira tertib diatur caturan langkah, semangat membara Harimau Selatan tidak boleh disanggah, misi menundukkan Tok Gajah jadi operasional, tiga mata ikrar sumpah janji integral.
Serangan demi serangan bertali arus dilancarkan, namun empat puluh lima minit masih tiada jaringan dapat dihasilkan.
Apabila separuh masa kedua dimulakan, asakan demi asakan telah dilancarkan JDT ke kubu lawan, walaupun sedar masa semakin menghimpit aksi, tetap multidisiplin untuk positif mendominasi.
Akhirnya satu gol pendahuluan telah dijaringkan, terjadi pada minit keenam puluh sembilan perlawanan, Hariss Harun berjaya memecah segala kebuntuan, JDT bergaya mendahului didepan.
Ketika itu, penyokong Harimau Selatan bersorak kolateral, manakala penyokong Tok Gajah mula merasa ketakutan yang begitu abnormal.
Selepas gol pendahuluan itu, jiwa merah biru semakin jitu, semarak semangat barisan pejuang membara mahu mencipta kontigensi, semakin rancak aksi diterjemahkan dalam kokurensi, kontradiksinya pelawat semakin dihimpit krusialnya situasi, kiri kanan kubu pertahanan berjaya JDT infiltrasi, ngauman Harimau Selatan jadi intimidasi, riak muka Tok Gajah jelas nampak pucat lesi.
Sesungguhnya kegembiraan malam kesepuluh Ramadan bukan kepalang, bila Tok Gajah menerima dwi ganda malang, di minit-minit akhir jaringan akrobatik pula Akhyar sumbang, menjadi bekalan buah tangan buat pelawat bawa pulang. Realitinya sebaik sahaja gol kedua itu dijaringkan di depan mata, itu petanda mereka sudah mutlak berputih mata, bukan kesalahan bila Tok Gajah tidak berlengah berkabung kesedihan, kerana percayalah, tidak akan dibiarkan Tok Gajah menangis keseorangan, disini Harimau Selatan setia meneman sambil bertepuk tangan.
"Kemenangan sejati"
Hakikatnya, kemenangan ini adalah kemenangan yang begitu penting, kemenangan yang mampu mengeluarkan JDT dari situasi genting. Perbezaan lapan mata buat kita gah bersemayam di atas takhta, tiga puluh tiga mata kita masih unggul nombor satu dalam carta.
Apa yang positif tentang perlawanan ini adalah statistik perlawanan telah membuktikan Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan calang-calang pasukan, sebuah kelab Liga Super Malaysia yang sehingga kini masih tiada tandingan, tetap konsisten walaupun beraksi dalam jadual yang padat , kekal fokus beraksi untuk mencapai matlamat.
Perlawanan ini juga memberi kita kesedaran, bahawa pesaing yang pernah mereka canang begitu hebat, rupanya pretensi hanya indah khabar dari kelibat. JDT berjaya mengawal tempo dan intensiti permainan, tanpa menggunakan taktikal lapuk dengan melengahkan masa perlawanan. Segala kekurangan pula dengan segera pemain korektif, gaya dan keterampilan sembilan puluh minit kekal kualitatif.
Akhir kalam, kepuasan! Kemenangan ini memang satu kepuasan! Kita hidang kemenangan ini sebagai petanda juga amaran, bahawa tahun ini JDT luar biasa dari kebiasaan, yang mampu mengekalkan gelaran kali keenam dalam gerobok simpanan.
"Jika kita boleh bermimpi mengenainya, kita pasti boleh melakukannya. Kita akan berjaya, tidak kira berapa lama masa yang perlu diambil"- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Bagai berdiri di puncak Gunung Ledang. Kami gayat bukan kepalang.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, teks

Ulasan