BOBAN KECEWA NAMUN TIDAK MAHU ULAS PENGADIL PERLAWANAN



BOBAN KECEWA NAMUN TIDAK MAHU ULAS PENGADIL PERLAWANAN


Boban Kecewa Namun Tidak Mahu Ulas Pengadil Perlawanan

Johor Darul Ta’zim II (JDT II), buat pertama kali tewas setelah mengharungi 11 perlawanan Liga Perdana 2019. Dalam perlawanan semalam, JDT II tewas di tangan pasukan PDRM 0-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Darren Lok tidak dapat meneruskan perlawanan apabila diusung keluar setelah dikasari oleh pemain pertahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Argzim Redzovic yang melakukan terjahan keras terhadap beliau namun tiada tindakan tegas daripada  pihak pengadil.
Pengendali Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Ervin Boban enggan mengulas kegagalan pengadil perlawanan Mohd Zainudin Mohd Isa yang tidak melayangkan kad merah kepada Argzim Redzovic. Insiden tersebut berlaku seawal minit ke 10 perlawanan.
Ketiadaan Darren Lok membuatkan JDT II terpaksa melakukan rombakan di posisi serangan dalam perlawanan itu.
Berikut adalah antara keluhan Ervin Boban seperti yang dilaporkan okeh akhbar Harian Metro Online.
“Saya tidak mahu komen mengenai keputusan pengadil tidak memberi tindakan terhadap pemain PDRM. Apa yang saya boleh katakan Darren mengalami kecederaan yang teruk dan mungkin tidak dapat beraksi dalam jangka masa panjang.

“Apa pun semua bergantung kepada keputusan pegawai perubatan dan saya berharap dia akan pulih secepat mungkin. Agak malang buat Darren selepa musim lalu dia mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi dan kini dia mengalami kecederaan yang mungkin membataskan peluang untuk beraksi,” katanya.
Boban mengakui agak kecewa dengan keputusan itu tetapi tetap bangga dengan komitmen setiap pemain yang dibarisi pemain tempatan selepas berusaha berusaha memburu gol penyamaan namun tidak kesampaian.
“Menentang PDRM memang sukar ditambah dengan ketiadaan barisan pemain import yang digantung dan dipalit kecederaan tetapi kesungguhan setiap pemain yang tidak kenal erti kekecewaan cukup membanggakan.
“Ada ketika kami akan kalah dan ia berlaku pada malam ini (malam tadi). Tapi kalah dengan semangat melawan sememangnya saya kagum dengan setiap pemain yang memberi persembahan terbaik walaupun kami tidak turun barisan terbaik.
“Kekalahan itu beri ruang kepada kami untuk lebih bersedia bagi mengharungi perlawanan seterusnya kerana apa yang belaku pada perlawanan itu sudah menjadi sejarah dan kita kena fokus pada baki perlawanan liga yang akan diharungi,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Foto : The Photoshooterz

Ulasan