Belansungkawa: Sultan Ahmad Shah, Selamanya Di Hati Rakyat Dan Peminat Bola Sepak


Seluruh Malaysia, terutama sekali rakyat Pahang – hari ini berduka dengan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah yang dikasihi semua.
Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.
Di lapangan bola sepak, nama Almarhum terlalu dekat untuk peminat bola sepak Malaysia serta Asia. Almarhum pernah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari tahun 1984 sehingga 2014.
FOTO: Christopher Raj twitter
Selain itu, Almarhum Sulatn Ahmad Shah juga pernah menjadi Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 1994 sehingga 2002. Dan dipilih menjadi Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) pada 2011.
JDT turun beraksi pada hari ini menentang Gyeongnam FC di Korea Selatan. Dalam kenyataan rasmi kelab tersebut, Presiden JDT – Tun Aminah Sultan Ibrahmim menyatakan bahawa JDT menghantar permintaan khas daripada AFC.
Di mana JDT mahu memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah dengan melakukan penghormatan 1 minit serta memakai lilitan hitam.

JDT mengesahkan bahwa AFC sudah meluluskan permintaan kelab tersebut.
Tun Aminah berkata: “Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah meluluskan permintaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memakai lilitan lengan hitam dan melakukan penghormatan ‘one minute of silence’ kepada KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.”
“[Penghormatan 1 minute silence akan dilakukan] sebelum sepak mula perlawanan Liga Juara-Juara AFC peringkat kumpulan menentang Gyeongnam FC di Republik Korea malam ini.”
JDT dalam usaha menghidupkan semula harapan mereka untuk mara ke pusingan kalah mati dalam aksi pada hari ini.

Ulasan