Langkau ke kandungan utama

BATE Borisov minat Akhyar

PENYERANG JDT, Akhyar Rashid (kiri) diasak pemain lawan ketika

PENYERANG JDT, Akhyar Rashid (kiri) diasak pemain lawan ketika menentang Shandong Luneng FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini semalam. - UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN

KUALA LUMPUR 9 Mei - Kelincahan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid telah berjaya menarik perhatian kelab dari Belarus, BATE Borisov.
Menurut kenyataan Football Agent - Malaysia, kelab yang berpangkalan di Belarus itu berminat untuk menguji pemain berusia 20 tahun tersebut selepas melihat potensi yang dimiliki oleh Akhyar.
“Kami akan menghubungi Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut.
“Akhyar bakal menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain di Liga Europa atau Liga Juara-Juara sekiranya berjaya menandatangani bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu serta BATE Barisov layak ke kejohanan tertinggi eropah itu pada musim 2019/2020,” katanya.
Akhyar menyertai JDT pada musim ini selama empat tahun dengan kontraknya ditebus nilai sebanyak RM12 juta.
Bagaimanapun berita tersebut tidak dapat disahihkan kebenarannya. - UTUSAN ONLINE

Ulasan