Aura JDT Cetus ‘Cinta Luar Biasa’ Buat Pasangan Suami Isteri Dari Jepun


Kira-kira hampir dua tahun lalu, penulis berkesempatan menemubual seorang warga Thailand yang begitu obses dalam memberikan sokongan buat Johor Darul Ta’zim (JDT).
Semangat yang tinggi dalam menyokong JDT oleh Sorawit Wichitchote itu sememangnya amat luar biasa.

 Nampaknya Sorawit tidak keseorangan apabila pasangan suami isteri dari Jepun iaitu Yasu dan Maki juga mempunyai ‘passion’ yang luar biasa terhadap JDT.


Mereka berdua dikhabarkan sanggup terbang dari Osaka ke Johor Bahru bagi merasai sendiri suasana pesta ketika JDT menjulang Liga Super 2017 yang merupakan kejuaraan liga kali keempat berturut-turut buat pasukan itu.
Menurut sumber laman Twitter seorang peminat setia JDT, Juan Bapakaw telah berkongsikan bahawa pasangan suami isteri dari negara matahari terbit tersebut mula jatuh hati dengan skuad Harimau Selatan ketika aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2017 di Osaka.
Pada perlawanan tersebut, JDT kecundang 0-3 ditangan Gamba Osaka namun, Yasu dan Maki jelas tertarik dengan semangat juang dipamerkan JDT dan Boys of Straits (BOS).
Di situlah bermulanya kecintaan mereka terhadap pasukan yang kini semakin jelas menunjukkan dominasi dalam saingan liga tempatan.
Kesempatan JDT beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2019 telah memberikan peluang buat mereka berdua bagi memberikan sokongan.
Yasu dan Maki juga turut kelihatan di Changwon Football Centre pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan antara Gyeongnam FC dan JDT.
Melihat sokongan luar biasa pasangan ini, ia membuktikan bahawa pasukan tempatan juga sebaris dengan pasukan gergasi Asia lain dalam menarik perhatian peminat bola sepak di segenap pelusuk benua ini.


CERITA DARI OSAKA KE LARKIN

Yasu & isteri beliau Maki berasal dari Osaka, Jepun. Di sana, mereka menyokong kelab di Division 4 Nara Club. Ultras disana digelar Ancient Squad & Yasu adalah salah seorang komrad yg aktif.

534 people are talking about this
Kredit fotoJuan Bapakaw

Ulasan