Langkau ke kandungan utama

Anuar Abu Bakar selamat dikebumikan

Anuar Abu Bakar selamat dikebumikan

SITI MARIAM SATHAWEE isteri kepada Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Anuar Abu Bakar, 48 tang meninggal dunia akibat kanser hati menabur bunga di atas pusara suaminya yang selamat di kebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Mohd Shaharani Saibi

SHAH ALAM 7 Mei - Jenazah bekas pemain bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.
ANUAR ABU BAKAR
Anuar,48, yang disahkan menghidap kanser hati menghembuskan nafas di Hospital Shah Alam meninggalkan seorang isteri, Siti Mariam Sathawee,46, dan lima anak berusia lingkungan 25 hingga sembilan tahun.

Terdahulu, jenazah Anuar disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pukul 9.30 pagi diimamkan Imam Besar Masjid negeri, Ustaz Muhammad Farhan Wijaya dan dihadiri kira-kira 500 kenalan dan ahli keluarga serta bekas rakan sepasukannya, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh.
Anuar Abu Bakar selamat dikebumikan

RAJA Muda Selangor merangkap Presiden Bola Sepak Selangor berkenan menunaikan solat jenazah Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Anuar Abu Bakar, 48 yang meninggal dunia akibat kanser hati di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. Solat Jenazah di imamkan , Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz  Muhammad Farhan Wijaya sebelum di kebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, hari ini. - UTUSAN ONLINE/Mohd. Shaharani Saibi

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut berkenan menziarah dan menunaikan solat jenazah di masjid berkenaan.
Untuk rekod, Allahyarham yang beraksi di posisi tengah dan penyerang pernah menyarung jersi kebangsaan di antara tahun 1993 hingga 1997.
Antara pasukan yang pernah mendapatkan khidmat Allahyarham yang berasal dari Johor ialah Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan MPPJ Selangor. - UTUSAN ONLINE

Ulasan