AKHYAR RASHID DIINTAI KELAB BATE BORISOV DARI BELARUS
Kelincahan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid telah berjaya menarik perhatian kelab dari Belarus, BATE Borisov.
Reputasi pemain sedang meningkat, Akhyar Rashid selepas menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melambung selepas pemain berusia 20 tahun itu dikatakan diintai kelab dari Belarus, BATE Borisov.
Menurut kenyataan Football Agent – Malaysia, kelab yang berpangkalan di Belarus itu berminat untuk menguji pemain berusia 20 tahun tersebut selepas melihat potensi yang dimiliki oleh Akhyar.
Sebagai rekod, BATE Borisov keitka ini menduduki tangga ketiga liga selepas enam perlawanan dan pernah beraksi dalam saingan Liga Juara Juara dan Liga Europa.
Musim ini, mereka beraksi dalam saingan Liga Europa dan mara sehingga ke kelompok 32 terbaik sebelum tunduk di tangan Arsenal 1-3 secara agregat.
“Kami akan menghubungi Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut.
“Akhyar bakal menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain di Liga Europa atau Liga Juara-Juara sekiranya berjaya menandatangani bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu serta BATE Barisov layak ke kejohanan tertinggi eropah itu pada musim 2019/2020,” katanya.
Akhyar menyertai JDT pada musim ini selama empat tahun dengan kontraknya ditebus nilai sebanyak RM12 juta.
Bagaimanapun berita tersebut tidak dapat disahihkan kebenarannya.
Sumber : Utusan Malaysia
Ulasan
Catat Ulasan