Langkau ke kandungan utama

ACL2019 : PERLAWANAN TERAKHIR KUMPULAN – HIDUP MATI PERJUANGAN JDT – TAPI JDT TENANG



ACL2019 : PERLAWANAN TERAKHIR KUMPULAN – HIDUP MATI PERJUANGAN JDT – TAPI JDT TENANG


ACL2019 : Perlawanan Terakhir Kumpulan – Hidup Mati Perjuangan JDT – Tapi JDT Tenang

Perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) antara Gyeongnam FC melawan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung pada hari ini, 22 Mei 2019 di Stadium Bolasepak Changwon, Republik Korea pada 6.00 petang waktu kita.
Perlawanan tersebut merupakan aksi terakhir dan penutup tirai JDT dalam peringkat kumpulan (E). Dalam peringkat Kumpulan E, JDT berada di tangga terbawah dengan mengutip 4 mata hasil dari 1 kemenangan dan 1 seri. JDT menang dalam perlawanan menentang Kashima Antlers di Larkin dan seri 1-1 dengan pasukan Gyeongnam FC juga di Larkin.
JDT perlu menang dalam perlawanan petang ini sekiranya mahu mara ke peringkat seterusnya iaitu ke pusingan 16. Tidak cukup dengan menang sahaja, JDT juga mengharapkan tuan rumah, Kashima Antlers tewas di tangan Shandong Luneng dari China. Kashima Antlers merupakan juara ACL 2018.
Laluan dilihat agak sukar kerana Kashima Antlers akan bermain di tempat sendiri dan reputasinya sebagai juara bertahan. Namun segalanya tidak mustahil untuk JDT berjaya. Apa pun JDT perlu menang terlebih dahulu petang ini.
Terlebih dahulu sebelum ini di Stadium Larkin, JDT berjaya menewaskan Kashima Antlers 1-0 hasil jaringan tunggal Syafiq Ahmad. Dengan berbekalkan semangat dan keyakinan tersebut, tidak mustahil Gyeongnam dapat JDT tundukkan.
JDT pernah bertemu Gyeongnam FC dalam perlawanan kedua ACL 2019 di Larkin dan berjaya mengikat pasukan dari Korea Selatan itu 1-1. Gol JDT dijaringkan oleh Diogo Santo melalui sepakan penalti pada minit ke 68. 
Keadaan sudah tentu akan berubah petang ini sekiranya JDT berjaya mengatasi Gyeongnam ketika itu. JDT banyak mengusai permainan dan melakukan banyak serangan namun nasib tidak menyebelahi JDT. 
Dalam perlawanan petang ini, JDT akan turun tanpa kelibat Safawi Rasid yang digantung perlawanan kerana telah dua kali menerima kad kuning.
Namun kita percaya atas percaturan dan perancangan Luciano Figueroa dan Benjamin Mora akan dapat menghasilkan keputusan yang positif.
Ada beberapa sebab kenapa JDT perlu menang petang ini. Pertamanya kerana hanya kemenangan sahaja yang boleh menghidupkan peluang JDT ke pusingan seterusnya.
Kedua, kemenangan di peringkat ACL itu juga akan menambah mata ranking kelab-kelab Asia di mana JDT (41.53) sekarang ini menduduki tangga kedua kelab terbaik Asia Tenggara di belakang Ceres Negros (41.54).
Kemenangan perlawanan terakhir peringkat kumpulan ini juga boleh menambah keyakinan dalam meneruskan perjuangan di peringkat tertinggi Asia di masa akan datang terutama tahun hadapan.
Dari kacamata JDT pula, mereka dilihat optimis untuk melengkapkan jadual perlawanan dengan langkah bergaya walaupun sedar akan berdepan cabaran getir dari tuan rumah.
Keseluruhan barisan pemain JDT sudah tentu bersedia dari segi mental juga fizikal serta berazam tinggi menterjemahkan aksi menakjubkan dan mencatatkan keputusan luar jangkaan pada perlawanan tersebut.

Ulasan