ACL 2021/22 – FILIPINA GANTIKAN MALAYSIA, MALAYSIA HILANG SLOT AUTOMATIK PERINGKAT KUMPULAN
Buat pertama kalinya sebuah kelab dari Malaysia bersaing dalam kejuaraan kelab tertinggi Asia peringkt kumpulan iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim ini. Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya sebagai kelab Malaysia pertama tersebut diundi dalam Kumpulan E bersama Gyeongnam FC (Korea Selatan), Kashima Antlers (Jepun- penyandang juara) dan Shandong Luneng (China).
JDT berjaya mendapat slot tersebut setelah pada akhir 2018, Malaysia berada dalam 6 negara terbaik zon Timur Asia ranking kelab Asia mengikut AFC.
Slot itu juga diberi kepada kelab dari Malaysia untuk tahun hadapan, 2020. Sekiranya JDT berjaya menjuarai Liga Super musim ini (2019), maka JDT akan sekali lagi mencipta rekod Malaysia apabila berjaya bersaing bermain dalam ACL dua tahun berturut-turut.
Bagi menentukan slot-slot negara atau kelab yang berjaya akan ditentukan pada akhir tahun ini dalam ranking kelab Asia.
Berpandukan kepada kedudukan mata dan ranking semasa AFC terkini, Malaysia berada di tangga ke-7 terbaik Asia Timur. Sekiranya keadaan ini kekal tidak berubah, maka besar kemungkinan kelab dari Malaysia akan hilang penyertaan secara automatik ke peringkat kumpulan ACL bagi tahun 2021 dan 2022.
Berikut adalah data terkini kedudukan negara untuk Zon Timur Asia mengikut sumber FootyRanking :
- China PR
- Korea Selatan
- Jepun
- Thailand
- Australia
- Filipina
- Malaysia
- Singapura
- Vietnam
- DPR Korea
Thailand naik di tangga ke 4 mengatasi Australia. Berdasarkan kedudukan semasa ranking AFC MA ranking Asia Timur, Thailand akan menerima slot 2 + 2 pada saingan ACL tahun 2021 dan 2022.
2 slot itu bermakna 2 pasukan kelab Thailand akn bermain dalam peringkat kumpulan dan dua lagi di peringkat play-off ACL 2021 dan 2022.
Filipina pula hampir pasti akan menggantikan Malaysia dalam saingan ACL kumpulan. Pasukan dari Malaysia pula akan bermain di peringkat kelayakan dan ke Piala AFC sekiranya terkandas dalam ACL kelayakan.
Satu kerugian bagi kelab dari Malaysia sekiranya tidak layak ke peringkat kumpulan secara automatik. Namun hanya dengan kemenangan di peringkat kelayakan dan play-off sahaja membolehkan kelab tersebut mara ke peringkat kumpulan.
Malaysia hanya mengharapkan mata dari peringkat perlawanan kebangsaan Harimau Malaya bagi membolehkan mereka memperbaiki dan menambah mata dalam ranking kelab AFC.
Namun JDT masih berpeluang sekali lagi tahun hadapan ke peringkat kumpulan ACL 2020 menggunakan tiket juara Liga Super 2019 ini.
Grafik : Footy Ranking
Ulasan
Catat Ulasan