Tok Gajah Tewaskan PKNS FC 2-1, Terus Ekori Rapat JDT Di Persada Liga


Pahang memastikan mereka terus berada di dalam landasan untuk bersaing memburu kejuaraan pada musim ini apabila bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan PKNS FC 2-1 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada malam tadi.
Kemenangan malam tadi adalah kemenangan keenam Pahang pada musim ini dari sembilan perlawanan yang sudah dilalui – menyaksikan skuad kendalian Dollah Salleh mengekalkan rekod tanpa kalah yang turut dimiliki oleh JDT setakat ini.

Bagaimanapun skuad Tok Gajah ketinggalan dua mata berbanding pendahulu JDT yang menguasai pendahuluan liga hasil tujuh kemenangan dan dua seri – termasuk kemenangan 1-0 ke atas PJ City FC pada Sabtu lalu.
Pahang bermula dengan garang selepas kecewa diikat PJ City pada minggu sebelumnya di Kuantan melalui beberapa percubaan, namun dinafikan oleh penjaga gol skuad Semut Merah, Mohd Zarif Irfan Hishamudin.
Pahang bagimanapun dikejutkan oleh gerakan pantas yang bermula daripada Zarif yang pantas membaling bola ke arah Kpah Sherman.
Penyerang import itu melakukan larian solo, selepas menewaskan seorang pertahanan lawan, sebelum melorongkan bola kepada pemain importd ari Kemboja, Chan Vathanaka yang menewaskan Helmi Eliza untuk gol pembukaan pada minit ke-13 perlawanan.


13' | GOL CHAN VATHANAKA 🇰🇭!

Tindakan pantas dari Zarif Irfan bijak melihat peluang serangan balas dari PKNS FC seterusnya disudahkan dengan baik oleh Chan Vathanaka untuk gol pertama perlawanan malam ini.@ThePKNSFC 1-0 @OfficialPahang

54 people are talking about this
Tersentak dengan jaringan tersebut, Pahang kembali mengancam kubu PKNS FC, sebelum berjaya memperolehi gol penyamaan pada minit ke-24 perlawanan melalui Dickson Nwakaeme, yang menyudahkan hantaran Mohamadou Sumareh dari sebelah kanan serangan Pahang.


Embedded video

24' | GOL NWAKAEME!

Tok Gajah kembali mengikat kedudukan selepas hantaran lintang dari Mohamadou Sumareh disudahkan dengan baik oleh Dickson Nwakaeme walaupun beliau dikawal rapat oleh pertahan PKNS FC.@ThePKNSFC 1-1 @OfficialPahang

46 people are talking about this
Pahang terus mengasak seelpas itu, namun kecemerlangan Zarif memastikan kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat babak pertama perlawanan.
Bersambung babak kedua, Pahang hampir berada di hadapan namun percubaan Safuwan Baharudin pada minit ke-46 perlawanan sekadar menggegarkan tiang gol. Skuad Tok Gajah turut menyaksikan beberapa peluang terhidang turut dipersia-siakan oleh barisan hadapan.


76' | GOL ZE LOVE!

Ze Love berjaya mengambil kesempatan untuk tampanan terakhir ketika kekalutan dihadapan pintu gol PKNS FC bagi memastikan Pahang mendahului dalam perlawanan ini.@ThePKNSFC 1-2 @OfficialPahang

38 people are talking about this
Namun demikian gol kemenangan yang dicari-cari akhirnya tiba buat skuad kendalian Dollah Salleh melalui Ze Love, selepas pemain itu menolak masuk bola muntah hasil situasi kelam kabut di hadapan gawang PKNS FC poada minit ke-75 perlawanan.

Ulasan