Langkau ke kandungan utama

Tok Gajah mampu sekat dominasi Harimau Selatan

Sumareh percaya Pahang mampu menghalang penguasaan JDT dalam memenangi

Sumareh percaya Pahang mampu menghalang penguasaan JDT dalam memenangi gelaran Liga Super buat kali keenam pada musim ini.
KUALA LUMPUR - Pemain sayap lincah Pahang, Mohamadou Sumareh percaya skuad Tok Gajah berupaya untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan kedua-dua pasukan tersebut pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam esok.
Skuad kendalian Dollah Salleh ketika ini berada di tangga ke­dua dengan 24 mata hasil tujuh kemenangan dan mengekori rapat JDT dengan ketinggalan dua mata selepas skuad Harimau Selatan itu masih gah di persada liga dengan 26 mata.
Menurut Sumareh, 25, musim ini skuad Pahang tampil dengan prestasi lebih berbeza berban­ding musim sebelumnya dan pemain naturalisasi Malaysia yang berasa dari Gambia itu optimis pasukannya dapat menyaingi JDT hingga hujung musim, sekali gus menghalang juara bertahan itu memenangi gelaran buat kali keenam berturut-turut.
“Pahang tidak lagi sama se­perti musim lepas kerana tahun ini kami lebih bersedia untuk harungi saingan hingga ke penghujung musim. Perbezaan ketara pada musim lalu banyak kecederaan atau penggantungan perlawanan dalam kala­ngan pemain-pemain utama.
“Namun, musim ini kesemua pemain dalam skuad ini semakin matang dan jurulatih juga mempunyai lebih ramai pilihan yang berkualiti tanpa perlu risau dengan risiko kecederaan atau sebagainya,” katanya kepada pemberita semalam.
Antara pemain muda yang semakin mendapat tempat dalam skuad Pahang musim ini adalah Zuhair Aizat, Saddil Ramdani serta Faisal Abdul Halim yang dilihat semakin menunjukkan prestasi positif dan konsisten sejak awal musim ini.
Mengulas lanjut, Sumareh mengakui masih dalam fasa mengadaptasi dengan corak permainannya selepas melakukan beberapa perubahan baharu bagi memastikan pemain lawan sukar membaca gerakannya di atas padang.
“Saya tidak boleh berpuas hati dengan prestasi semasa dan perlu bekerja keras untuk meningkatkan lagi kemahiran memandangkan pihak lawan semakin memahami corak permainan saya selepas lama beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
“Justeru, saya akan sentiasa berusaha memperbaiki teknik dan taktik serangan yang lebih segar supaya pertahanan lawan tidak lagi mudah menyekat gerakan saya khususnya ketika menyerang,” katanya.

Ulasan