Langkau ke kandungan utama

Tok Gajah hambat JDT

PEMAIN PKNS, Chan Vathanaka (kiri) cuba mengawal bola daripada

PEMAIN PKNS, Chan Vathanaka (kiri) cuba mengawal bola daripada pemain Pahang Mohd. Faisal Mohd. Rosli dalam aksi Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 14 April - Pahang berjaya merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menumpaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam, hari ini.
Kemenangan tersebut membolehkan Pahang mengumpul 21 mata selepas sembilan perlawanan untuk berada di tangga kedua liga, kurang dua mata di belakang JDT.
Dalam perlawanan tersebut tuan rumah, PKNS memulakan aksi dengan baik apabila berjaya menjaringkan gol awal pada minit ke-13 menerusi pemain import, Chan Vathanaka.
Bagaimanapun penguasaan PKNS tidak bertahan lama apabila bintang penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-24.
Gol penyamaan itu seakan memberi tekanan ke atas PKNS sehingga longgar di bahagian pertahanan dan menyebabkan Tok Gajah tidak berdepan masalah menambah gol kedua menerusi Jose Eduardo atau Ze Love pada minit ke-76.
Selepas ini Pahang dijadual menentang Perak di Ipoh pada Ahad manakala PKNS akan bertemu lawan sukar JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - UTUSAN ONLINE

Ulasan