PALANG GOL MENJADI PENGHALANG JDT DARI BAWA PULANG SATU MATA
Berakhir perlawanan ketiga peringkat Kumpulan E antara Shandong Luneng menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sebentar tadi.
Shandong Luneng jelas banyak mengawal dan menguasai permainan terutama di separuh masa pertama. Dua minit awal perlawanan sahaja mereka sudah memperoleh 3 tendangan penjuru.
Shandong Luneng sememangnya memerlukan sangat kemenangan pertama di tempat mereka sendiri kerana dua perlawanan sebelum ini mereka hanya sekadar seri dengan kutipan 2 mata.
Shandong mengakhiri separuh masa pertama dengan mendahului JDT 2-0. Gol-gol Shandong Luneng dijaringkan oleh Fellaini pada minit ke 30 dan Pelle pula pada minit ke 38 melalui sepakan penalti.
Separuh masa kedua menampakkan kesungguhan JDT mecari jaringan. JDT menambah kawalan bola dan ianya terhasil melalui sepakan padu Safawi Rashid dari jarak jauh menewaskan penjaga gol Shandong, Wang Dalei.
Gol tersebut diperoleh pada minit 59. Gol cantik itu mendapat pujian dari pengulas TV Foxsports yang menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung.
Hasrat JDT membawa pulang sekurang-sekurangnya 1 mata tidak tercapai kerana dihalang oleh palang gol setelah sepakan percuma yang diambil oleh Gonzalo Cabrera terkena palang gol walaupun penjaga gol Shandong sudah tertewas.
JDT cuba mengasak di minit-minit akhir perlawanan namun sehingga akhir perlawanan JDT terpaksa akur dengan tewas 1-2 kepada Shandong Luneng.
Kredit Foto : AFC
Ulasan
Catat Ulasan