MOHD. NIDZAM JAMIL
JOHOR BAHRU 6 April – Ketua Jurulatih Felda United, Mohd. Nidzam Jamil mengakui, dia hilang kata-kata melihat tiga pemainnya dilayangkan kad merah sebelum tumbang 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super yang penuh kontroversi, semalam.
Kata Nidzam, hendak mengalahkan JDT dengan 11 pemain sudah cukup mencabar buat mereka, inikan pula hanya beraksi dengan lapan pemain.
Katanya dalam situasi serba kekurangan, mereka tidak boleh melakukan apa-apa kecuali bertahan untuk mengelak gawang daripada dibolosi lebih banyak.
“Saya tak tahu hendak cakap macam mana.
Walaupun tewas, saya bangga dengan pemain kerana pada hujung perlawanan mereka hanya tinggal lapan orang tetapi tetap berjuang bersungguh-sungguh untuk memberi tentangan kepada JDT. Kami juga dapat mencuri satu gol,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan