JDT terlebih dahulu di hadaoan menerusi Gonzalo Cabrera pada minit ke-15. Beliau diberikan ruang sangat besar ketika menerima hantaran Leandro. Cabrera memperdaya pertahanan Pahang dan meleretkan bola ke gawang gol.
Segalanya bermula apabila Muslim Ahmad menolak bola lemah dan dirampas oleh Leandro.
Segalanya bermula apabila Muslim Ahmad menolak bola lemah dan dirampas oleh Leandro.
Tersentak dengan gol awal itu, Pahang cuba memberikan respon segera. Namun JDT bertahan dengan baik. Sehinggalah minit ke-38 apabila Pahang menyamakan kedudukan menerusi Herold Goulon. Ianya berpunca daripada sepakan percuma Saddil Ramdani yang disudahkan oleh Goulon.
Pada babak akhir separuh masa pertama, berlaku insiden panas apabila Mauricio dilayangkan kad kuning kedua dan dibuang padang.
Bersambung babak kedua, JDT memasukkan Adam Nor Azlin dan mengeluarkan Leandro.
Saddil Ramdani melakukan percubaan pada awal separuh masa kedua, namun ianya tidak menerjah gawang.
Selepas itu, JDT kelihatan bermain lebih baik dan Pahang kelihatan masih bergelut untuk memanfaatkan kelebihan seorang pemain.
Safawi Rasid hampir meletakkan JDT di hadapan menerusi voli deras yang melantun pada bahagian bawah palang. Namun begitu, penjaga garisan menyatakan bola masih belum melepasi garisan gol sepenuhnya. Safawi agak kecewa dengan keputusan pengadil.
Pada minit ke-63, Safawi menguji Helmi Eliza dengan percubaan jarak dekat. Namun diselamatkan oleh Helmi Eliza.
Minit ke-85, Sumareh mencipta peluang gol terbaik Pahang untuk separuh masa kedua. Namun Ze Love gagal menyentuh hantaran tersebut. Tindakan susulan Zuhair Aizat juga menghampakan.
Perlawanan berakhir dengan 1-1. Keputusan seri ini bermakna kedudukan carta Liga Super 2019 tidak berubah selepas LS11. Kedua-dua pasukan meneruskan rekod tanpa kalah musim ini.
Ulasan
Catat Ulasan