JDT bermula garang di dalam perlawanan ini. Mereka membuka tirai jaringan awal menerusi Afiq Fazail yang melakukan separa voli dari luar kotak penalti – pada minit ke-8.
Tidak lama selepas itu Gonzalo Cabrera menyempurnakan sepakan penalti untuk gol ke-2 pada minit ke-13.
Pada separuh masa pertama, JDT menguasai perlawanan. Namun PKNS beberapa kali menguji gawang JDT dengan percubaan jarak jauh dan juga serangan balas.
Farizal Marlias cemerlang menafikan percubaan daripada Romel Morales pada minit ke-36.
JDT mencipta sangat banyak peluang. Namun mereka agak tumpul – meskipun ada 2 gol pada separuh masa pertama. Diogo terlepas 2 peluang gol dalam kotak penalti. Sementara itu Leandro juga turut terlepas peluang keemasan.
Safawi Rasid dan Corbin Ong menjadi nadi penting mencipta peluang gol. Sayang sekali tidak dapat lebih banyak gol. Safawi turut melakukan percubaan yang terkena palang gol.
Bersambung babak kedua, Safawi Rasid hampir menambah gol untuk JDT namun penjaga garisan mengangkat bendera ofsaid.
Pada minit ke-48, giliran bekas pemain JDT, Gabriel Guerra merapatkan jurang gol.
Safawi Rasid hampir menyempurnakan hantaran lintang oleh Corbin Ong pada minit ke-58.
PKNS hampir mendapat gol namun Farizal Marlias berjaya menafikan gerakan Kpah Sherman.
Corbin Ong kemudian cemerlang menghalang Kpah Sherman daripada mewujudkan 1 vs 1 dengan Farizal Marlias.
Safawi kemudian melakukan satu hantaran lintang cantik, namun Diogo menanduk tersasar bola tersebut.
Pada minit ke-79, Zarif Irfan dipaksa bekerja keras oleh Safawi Rasid – selepas penyerang kebangsaan itu melakukan sepakan percuma yang tepat ke arah gol. Namun Zarif cemerlang menepisnya.
JDT kemudian boleh dikira membunuh perlawanan dengan gol ke-3 pada minit ke-86. Safawi menerima sungkitan daripada Cabrera dan terus merembat deras ke arah gol.
Guerra cuba merapatkan jurang menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti. Namun mudah diselamatkan Farizal Marlias.
Perlawanan berakhir dengan 3-1. Ini rekod kemenangan ke-25 JDT secara berturut-turut dalam liga di tempat sendiri. Fortress!
Ulasan
Catat Ulasan