Langkau ke kandungan utama

Mengharap tuah Larkin

JDT buru kemenangan sulung tanpa beberapa tonggak

PEMAIN JDT menjalani latihan di Padang Seri Gelam, Johor Bahru

PEMAIN JDT menjalani latihan di Padang Seri Gelam, Johor Bahru semalam dalam persiapan menghadapi Shandong Luneng pada saingan ACL di Larkin esok. - Facebook JOHOR Southern Tigers

KUALA LUMPUR 23 April - Selepas gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan pertama, Johor Darul Ta'zim (JDT) berharap Larkin akan memberi tuah buat mereka apabila saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersambung esok.
Kalah 1-2 di Jinan pada 9 April lalu tidak mematahkan semangat Harimau Selatan untuk merubah keputusan perlawanan apabila berdepan wakil China, Shandong Luneng sekali lagi dalam aksi Kumpulan E di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.
Meskipun kalah, JDT berjaya memberi saingan sengit kepada Luneng dalam pertemuan pertama, dan bersedia memberi masalah kepada kelab yang diwakili pemain antarabangsa Itali, Graziano Pelle dan bekas bintang Manchester United, Maroune Fellaini itu sekali lagi.
Selepas tiga perlawanan, JDT yang membuat kemunculan sulunh dalam ACL menghuni tangga tercorot liga dengan satu mata, hasil keputusan seri 1-1 menentang kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC, bulan lalu.
Anak-anak buah Benjamin Mora masih berpeluang menempah tiket peringkat kalah mati jika memenangi baki tiga saingan Kumpulan E. - UTUSAN ONLINE

Ulasan