Langkau ke kandungan utama

JDT MAIN MACAM HARIMAU – FIGUEROA



JDT MAIN MACAM HARIMAU – FIGUEROA

JDT Main Macam Harimau รข€“ Figueroa

Pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa berkata, kejayaan mengikat Pahang 1-1 di tempat lawan biarpun beraksi dengan 10 pemain sepanjang 45 minit membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di negara ini.
Malah, bekas penyerang Argentina itu juga menyifatkan pemainnya bermain ibarat harimau untuk mengekalkan kedudukan pendahulu Liga Super.
“Mereka membuktikan hari ini, mereka adalah harimau, mereka adalah pahlawan.
“Ini perlawanan yang amat sukar, menentang Pahang di tempat mereka tetapi pemain menunjukkan karakter untuk bersaing dalam kedudukan teratas liga.
“Mereka membuktikan mereka adalah yang terbaik di negara ini. saya sangat..sangat bangga dengan pemain kami,” kata Figueroa.
Dalam aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, JDT mengejutkan tuan rumah dengan meledak gol pembukaan seawal minit kelima menerusi Gonzalo Cabrera.
Tok Gajah bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain pertahanan, Herold Goulon yang berpunca daripada sepakan percuma Saddil Ramdani pada minit ke-30.
JDT bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua selepas Mauricio Nascimento mengutip kad kuning kedua kerana melakukan kekasaran terhadap Dickson Nwakaeme di penghujung separuh masa pertama.
Layangan kad merah itu membuatkan perlawanan terhenti seketika kerana Nascimento tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan pengadil, Mohd. Zohri Tajuddin.
Pahang bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain yang dimiliki apabila buntu menambah gol sehingga tamat permainan.
JDT kekal menerajui liga dengan 27 mata daripada 11 perlawanan, dua mata mengatasi Pahang.
Keputusan seri juga menyaksikan kedua-dua pasukan mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.
Sumber : Utusan Malaysia
Foto : Pahang FA

Ulasan