Langkau ke kandungan utama

JDT kukuhkan cengkaman

PENYERANG JDT, Syafiq Ahmad berjaya menewaskan penjaga gol PJ

PENYERANG JDT, Syafiq Ahmad berjaya menewaskan penjaga gol PJ City FC, Muhaimin Mohamad dalam perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ di sini hari ini. - UTUSAN/FARID JANUDIN

KUALA LUMPUR 13 April - Jaringan tunggal Syafiq Ahmad sudah memadai buat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengukuhkan kedudukan pendahulu Liga Super selepas menewaskan PJ City FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Kemenangan membolehkan Harimau Selatan mengumpul 23 mata, mengatasi pencabar terdekat, Pahang dengan lima mata.
Togk Gajah bagaimanapun bakal merapatkan jurang mata jika mengalahkan PKNS FC di Stadium Shah Alam, esok.
JDT menguasai sebahagian besar babak pertama dan melancarkan beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol.
Jaringan yang dinantikan bagaimanapun hanya tiba pada minit ke-26 selepas Syafiq menyudahkan bola lorongan Safawi Rasid.
Safawi hampir menambah gol kedua pada minit ke-45 tetapi rembatannya tersasar ke penjuru kanan gawang lawan.
Sebaik sahaja babak kedua bersambung, JDT terus agresif dan hampir menambah gol menerusi Gonzalo Cabrera serta pemain gantian, Akhyar Rashid tetapi dinafikan penjaga gol tuan rumah, Muhaimin Mohamad. - UTUSAN ONLINE

Ulasan