JDT II PERKUKUH KEDUDUKAN PENDAHULU LIGA PREMIER
Johor Darul Ta’zim II (JDT II) terus gah di persada liga apabila meraih kemenangan ketujuh, musim ini, selepas menewaskan Selangor United 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Namun begitu JDT II terpaksa berhempas pulas sebelum melakar kemenangan 2-0 tersebut.
Gol JDT II dijaringkan S.Kumaahran pada minit ke-66 sejurus perlawanan bersambung setelah terhenti kira-kira 15 minit akibat gangguan bekalan elektrik sebelum Darren Lok mengesahkan kemenangan 2-0 skuad bimbingan Ervin Boban menerusi jaringan pada minit ke-79.
Kemenangan tersebut memastikan JDT II mengekalkan rekod tanpa kalah skuad Merah Biru dan menguasai tangga teratas liga selepas mengumpul 24 mata hasil daripada tujuh kemenangan dan tiga seri.
Perlawanan babak kedua yang baru bermula tiga minit terpaksa dihentikan selepas lampu limpah di stadium terpadam memaksa pengadil perlawanan, Noor Azriel Baharuddin menyambung saingan lima minit kemudian.
Kredit Foto : The Photoshooterz
Ulasan
Catat Ulasan