PEMAIN Melaka United, Safiq Rahim (kiri) diasak pemain Felda United FC, S Chanturu dalam aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, hari ini. Keputusan penuh Felda United FC 1-1 Melaka United. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 26 April - Johor Darul Ta'zim II (JDT II) terus gah di persada liga apabila meraih kemenangan ketujuh, musim ini, selepas menewaskan Selangor United 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Gol JDT II dijaringkan S.Kumaahran pada minit ke-66 sejurus perlawanan bersambung setelah terhenti kira-kira 15 minit akibat gangguan bekalan elektrik sebelum Darren Lok mengesahkan kemenangan 2-0 skuad bimbingan Ervin Boban menerusi jaringan pada minit ke-79. - BERNAMA
Ulasan
Catat Ulasan