INTIMIDASI HARIMAU SELATAN

INTIMIDASI HARIMAU SELATAN
Waktu itu kita ketinggalan dua kosong, maka halaman rasmi dibanjiri berbondong-bondong ‘anak jati’ ibu kota Shandong. Sungguh seronok mereka melihat Harimau Selatan ketinggalan, prediksi dan ramalan bahawa kita akan jadi mangsa belasahan, segunung harapan separuh masa kedua lebih jaringan mereka harapkan, menjadi modal hari esok, sebagai bahan untuk diketawakan.
Sejurus sahaja separuh masa kedua bermula, efikasi diri sebelas pejuang Jauhar masih sempurna tiada cacat cela. Rencana taktikal, multidisiplin dan fokus mereka adaptasi, meruntuhkan ego tuan rumah itu jadi visi, misi juga proposisi.
Dalam masa yang sama, jauh di Tanah Jauhar, penyokong setia tidak jemu untuk berterusan memanjatkan doa, masih optimistik bahawa masih ada masa untuk Johor meluaskan kuasa.
"Jaringan kualitatif Safawi"
Saat itu akhirnya tiba juga, pada minit kelima puluh sembilan umpama gol 'Puskas', gawang lawan berjaya Safawi bocorkan, jaringan cantik mengakibatkan Taishan Dui gelisah tidak keruan, manakala Graziano Pellè dan Marouane Fellaini termenung seketika seakan tidak percaya, bahawa jaringan itu dilakukan oleh pemain muda berasal dari bumi Malaya.
Selepas itu, semarak semangat pemain Harimau Selatan mahu mencipta kontigensi, semakin rancak aksi diterjemahkan dalam kokurensi, hinggalah tiba pada minit-minit akhir dalam masa waktu kecederaan, hampir-hampir Gonzalo Cabrera pula berhasil melakukan jaringan penyamaan.
"Imej tumpu aksi Merah Biru"
Natijahnya, ketentuan rezeki adalah milik Tuhan, sudah terukir takdir Harimau Selatan pulang tidak membawa kemenangan, namun janganlah keputusan ini jadi elegi dalam intonasi, percayalah masih ada peluang untuk merealisasi sebuah aspirasi.
Bangga! Ianya memang satu kebanggaan!
Imbas kembali, sebaik sahaja perlawanan bertemu Felda FC tamat, seluruh barisan jurulatih dan pemain tiada masa untuk berehat, sedang satu Malaya masih leka bercerita isu kad merah, Harimau Selatan sudah selamat tiba ke Republik Rakyat China.
JDT hadir dengan reputasi sebagai pesaing baharu Liga Juara-Juara AFC, namun itu hanyalah sebuah status referensi, sebaliknya Harimau Selatan begitu unggul beraksi cemerlang, membuatkan sembilan puluh minit Shandong Luneng bimbang bukan kepalang.
Kita berjaya menguasai perlawanan dan juga mengawal permainan, riuh rendah Jinan Olympic Sports Centre Stadium kadangkala dapat kita senyapkan. Gamam dan gelisah kerana merasa situasi ini benar-benar luar jangkaan.
Statistik perlawanan juga telah membuktikan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan calang-calang pasukan, walaupun setahun jagung tapi mampu memersekusi gergasi yang jadi cabaran.
Akhir kalam, setinggi-tinggi Gunung Taishan megah dalam pandangan, setinggi itu juga tabik hormat penyokong Harimau Selatan pasti akan diberikan, kelak pulangnya kesateria ke bumi Selatan, pasti tetap dirai sebagai seorang pahlawan.
Selamat tinggal Shandong Luneng!
Nikmatilah kemenangan ini sebaik mungkin! Jumpa kembali di Stadium Larkin!
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan