INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | THE FIRST CONSTITUTION OF A SOVEREIGN STATE - PART ONE

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | PERLEMBAGAAN PERTAMA SEBUAH KERAJAAN BERDAULAT - BAHAGIAN SATU
Suasana politik ketika zaman Empayar Kerajaan Johor yang meliputi seluas Johor-Riau-Lingga-Pahang sangat mencabar. Ia cukup rumit ditambah lagi dengan tekanan kuasa besar dunia seperti Belanda dan British terhadap pemimpin kerajaan Melayu ketika itu.
Setelah kuasa Empayar Kerajaan Johor dipisahkan, Kesultanan Johor Moden yang memerintah tanah besar Johor hari ini mengambil langkah yang sangat proaktif akibat daripada peristiwa-peristiwa campurtangan kuasa yang menjurus kepada perpecahan Kerajaan Melayu lama.
Langkah bijaksana memperkenalkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dirangka oleh Sultan Sir Abu Bakar bersama pakar undang-undang, Rodyk & Davidson adalah tepat sebagai langkah memperkukuhkan kedaulatan serta mengekalkan kewujudan Kerajaan Johor dari terus hilang di peta dunia.
Kerajaan Kesultanan Johor Moden adalah yang pertama di antara kerajaan Melayu lain yang menggunakan teknologi mesin percetakan pada tahun 1871. Maka, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan perlembagaan bertulis pertama didokumenkan lengkap bercetak dalam Kerajaan Melayu dan paling awal di Asia.
Pada tahun 1895, terdapat dwibahasa digunakan iaitu Bahasa Melayu tulisan jawi dan Bahasa Inggeris. Pegawai-pegawai Kerajaan Johor ketika itu bukan sekadar fasih dalam bahasa Inggeris, malah Sultan Sir Abu Bakar mahu tulisan jawi dikekalkan penggunaannya dalam semua persuratan Istana dan Kerajaan Johor selamanya. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | THE FIRST CONSTITUTION OF A SOVEREIGN STATE - PART ONE
The political situation during the Johor Empire which encompasses Johor-Riau-Lingga-Pahang was challenging. It was complicated especially with pressure from world powers such as the Dutch and British on Malay rulers at that time.
Following the dissolution of the Johor Empire, the Modern Johor Sultanate ruling the Johor lands today took a very proactive step in response to interferences that contributed to the fall of the old Malay Government.
A smart move of introducing the Johor State Constitution drafted by Sultan Sir Abu Bakar and legal expert Rodyk & Davidson was decisive in strengthening the sovereignty and ensuring the Johor Government would not disappear from the world map.
The Modern Johor Sultanate was the first among Malay governments to use printing technology in 1871. Hence, the Johor State Constitution was the first written constitution documented in full by a Malay government and the earliest in Asia.
In 1895, a bilingual version was made in Jawi and English. Although Johor government officials were fluent in English, Sultan Sir Abu Bakar wanted the Jawi usage to be continued for all official Johor Government and Palace matters. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan