INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AND THE COUNCIL OF RULERS - PART TWO

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR DAN MAJLIS RAJA-RAJA - BAHAGIAN DUA
Raja-Raja Melayu sewaktu mesyuarat pertama Majlis Raja-Raja Melayu pada Oktober 1957 telah memberi penghormatan kepada Sultan Sir Ibrahim ibni Sultan Sir Abu Bakar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama, namun baginda menolak atas faktor usia. Perkara yang sama pernah diusulkan tahun-tahun selepas itu kepada Sultan Johor berikutnya, Sultan Sir Ismail namun baginda turut menolak atas faktor usia dan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Sultan Iskandar ibni Sultan Sir Ismail merupakan Sultan Johor yang pertama dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-8 pada tahun 1984. Lebih unik lagi, Sultan Iskandar merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama dalam sejarah negara yang menitahkan agar wang elaun baginda sebagai Agong disalurkan kembali kepada rakyat melalui badan-badan kebajikan yang dipilih baginda sendiri.
Elaun Yang di-Pertuan Agong ketika itu dianggarkan lebih kurang RM50,000 sebulan menjadikan sejumlah RM3 juta telah disalurkan kembali kepada rakyat. Sejarah ini bukan baharu di negeri Johor, malah pada 120 tahun yang lalu iaitu tahun 1899 Sultan Sir Ibrahim menitahkan agar elaun baginda sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim disalurkan kembali kepada rakyat. Usaha murni ini menjadi tradisi dan ikutan Sultan-Sultan Johor dan pewaris takhtanya sehingga ke hari ini. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AND THE COUNCIL OF RULERS - PART TWO
Malay rulers, during the first Council of Rulers conference in October 1957, offered the honour to Sultan Sir Ibrahim ibni Sultan Sir Abu Bakar to become the first Yang di-Pertuan Agong of Malaysia, but His Majesty rejected it due to age factors. It was proposed again years later to the subsequent Sultan of Johor, Sultan Sir Ismail, but His Majesty also rejected it due to age and health factors.
Sultan Iskandar ibni Sultan Sir Ismail was the first Sultan of Johor to become the 8th Yang di-Pertuan Agong in 1984. Uniquely, His Majesty was the first Yang di-Pertuan Agong to decree all of His Majesty's allowances as Agong to be channeled back to the people through welfare organisations handpicked by His Majesty himself.
The Yang di-Pertuan Agong allowances at that time were estimated to be around RM50,000 a month, making it a total of RM3 million being given back to the people. It was not something new in Johor, as 120 years ago in 1899, Sultan Sir Ibrahim decreed that His Majesty's allowances as Sultan and Sovereign Ruler of the State and Territory of Johor Darul Ta'zim shall be given to the people. This act of generosity became a tradition and custom for subsequent Sultans of Johor and heirs to this day. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan