Langkau ke kandungan utama

Harimau Selatan masih ada peluang

PENYERANG JDT,  Diogo Louis Santo (kiri) cuba melepasi dua pemain

PENYERANG JDT, Diogo Louis Santo (kiri) cuba melepasi dua pemain Shandong Luneng pada aksi ACL di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus, Larkin kelmarin.
KETUA Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora menegaskan bahawa pasukannya masih ada peluang untuk melangkah ke pusingan kalah mati meskipun tewas 0-1 kepada Shandong Luneng pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin kelmarin.
Mora berkata, skuad bimbingannya mampu memberi saingan sengit untuk mencari kemenangan pada baki perlawanan berdasarkan prestasi ditunjukkan barisan pemainnya.

Meskipun berada di kedudukan ter­corot Kumpulan E, skuad Harimau Selatan ya­kin mampu mencipta kejutan biarpun menempah laluan sukar untuk melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik.
“ACL merupakan kejohanan bola sepak tahap tertinggi dan kita akui setiap lawan yang dihadapi merupakan pasukan lebih berpengalaman manakala kua­litinya juga berbeza,” ujarnya.
Walaupun JDT hampir tersingkir da­ri­pada kejohanan itu, beliau positif dan memuji aksi ditunjukkan pemainnya.
JDT hanya mengumpul satu mata selepas mengharungi empat perlawanan hasil keputusan seri 1-1 dengan wakil Korea Selatan, Gyeongnam pada 12 Mac lalu.

Ulasan