Pengendali JDT, Luciano Figueroa menganggap pertemuan dengan Felda United sangat sukar untuk JDT. Ini kerana menurut beliau, Felda United bermain dengan corak yang agak pasif serta bertahan.
Namun begitu, Figueroa gembira kerana berjaya memenangi perlawanan ini. Ianya banyak dibantu oleh aksi lebih baik JDT pada separuh masa kedua yang disifatkan Figueroa sebagai lebih baik.
JDT menang 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Larkin.
4 gol yang terhasil pada perlawanan ini adalah daripada minit ke-88 dan masa kecederaan.
Selepas tamat perlawanan, Figeroa berkata: “Pada separuh masa kedua kami lebih baik. Kami lebih banyak menyerang dan menguasai bola dan cuba memecahkan kawasan antara garisan.”
“Seperti yang saya beritahu kamu sebelum perlawanan – perlawanan ini seperti ini – Mereka [Felda United] datang bermain seperti ini. Mereka tidak mahu bermain perlawanan ini.”
“Namun bagi kami, ianya sukar. Tetapi kami tetap berjaya memenangi perlawanan, dan mendapat 3 mata. Itu paling penting untuk kami.”
“Kami mahu bermain dengan intensiti, cuba mengawal bola, memecahkan ruang, menggerakkan bola dari satu bahagian ke satu bahagian, cuba untuk mendapatkan ruang, kerana bermain menentang lawan seperti ini, sangat sukar untuk masuk ke dalam kotak penalti dan menjaringkan gol.”
“Dan, ok, kami menang.”
JDT kini kembali berada di puncak liga selepas kemenangan berharga ke atas Felda United. Skuad Harimau Selatan juga terus mengekalkan rekod tanpa kalah (bersama-sama dengan Pahang), dalam saingan liga setakat ini.
Ulasan
Catat Ulasan