Langkau ke kandungan utama

CUACA SEJUK TIDAK MENJADI MASALAH BAGI JDT – NAZMI FAIZ MANSOR



CUACA SEJUK TIDAK MENJADI MASALAH BAGI JDT – NAZMI FAIZ MANSOR

Cuaca Sejuk Tidak Menjadi Masalah Bagi JDT รข€“ Nazmi Faiz Mansor

Lebih kurang tiga jam lagi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan dengan gergasi bola sepak dari China iaitu Shandong Luneng dalam perlawanan ketiga masing-masing dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL). Sehingga dua perlawanan, JDT berada di tangga terbawah Kumpulan E dengan mengutip 1 mata hasil daripada seri 1-1 dengan Gyeongnam di Stadium Larkin pada 12 Mac lepas.
Namun begitu, JDT, wakil tunggal Malaysia di Kejuaraan Liga Juara-Juara Asia, Johor Darul Ta’azim (JDT) kekal fokus untuk mencari kemenangan dan tiada apa yang akan digunakan sebagai alasan.
Mungkin ada yang akan menyangka cuaca sejuk sekitar 12 darjah Celsius boleh mengganggu mereka, tetapi tidak buat pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor yang sudah bersiap sedia biar apa jua yang datang.
“Saya akan gunakan peluang ini untuk berikan yang terbaik dan saya akan bantu pasukan mencari kemenangan pertama di Liga Juara-Juara Asia.
“Cuaca ini sebenarnya lebih baik berbanding ketika kami beraksi di Jepun (berdepan Kashima Antlers pada 5 Mac lalu), kerana Jepun lebih sejuk. Jadi, saya rasa cuaca tidak akan menjadi masalah buat kami,” kata Nazmi seperti disiarkan di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.
JDT akan berdepan wakil China, Shandong Luneng yang diperkuat beberapa pemain bintang seperti penyerang Itali, Graziano Pelle dan bekas pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini. Perlawanan ini akan berlangsung pada pukul 7.30 malam ini di Stadium Olimpik, Jinan.
Kredit Foto : The Photoshooterz

Ulasan