Cuaca sejuk tidak akan jadi masalah buat kami – Nazmi Faiz Mansor


Cuaca sejuk tidak akan jadi masalah buat kami – Nazmi Faiz Mansor



Cuaca sejuk? Tiada masalah.
Nampaknya wakil Malaysia di Kejohanan Liga Juara-Juara Asia, Johor Darul Ta’azim (JDT) kekal fokus untuk mencari kemenangan dan tiada apa yang akan digunakan sebagai alasan.
Mungkin ada yang akan menyangka cuaca sejuk sekitar 12 darjah Celsius boleh mengganggu mereka, tetapi tidak buat pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor yang sudah bersiap sedia biar apa jua yang datang.
“Saya akan gunakan peluang ini untuk berikan yang terbaik dan saya akan bantu pasukan mencari kemenangan pertama di Liga Juara-Juara Asia.
“Cuaca ini sebenarnya lebih baik berbanding ketika kami beraksi di Jepun (berdepan Kashima Antlers pada 5 Mac lalu), kerana Jepun lebih sejuk. Jadi, saya rasa cuaca tidak akan menjadi masalah buat kami,” kata Nazmi seperti disiarkan di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.
JDT akan berdepan wakil China, Shandong Luneng yang diperkuat beberapa pemain bintang seperti penyerang Itali, Graziano Pelle dan bekas pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini. Perlawanan ini akan berlangsung pada pukul 7.30 malam ini di Stadium Olimpik, Jinan.

Kredit foto: Johor Southern Tigers (JST)

Ulasan