Pada aksi itu, dua bekas pemain bintang Liga Perdana England (EPL), Marouane Fellaini dan Graziano Pelle meledak gol pada separuh masa pertama manakala Safawi Rasid menjaringkan gol sagu hati buat pasukan pelawat pada babak kedua.
Kata Hariss, apa yang dipersembahkan JDT dalam tempoh 45 minit pertama agak mengecewakan kerana barisan pemain tidak ada keyakinan untuk bersaing dengan kelab gergasi China itu meskipun memiliki keupayaan berbuat demikian.
“Kami telah buktikan JDT berupaya beraksi pada peringkat tertinggi dalam dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini ketika bertemu Kashima Antlers dan Gyeongnam. Cuma, kali ini pemain agak gugup khususnya pada babak pertama.
“Namun, situasi berbeza pada babak kedua apabila kami menguasai sebahagian besar perlawanan sehingga berjaya menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan.
“Saya anggap kekalahan ini sebagai pengajaran dan saya harap kami dapat kekalkan momentum seperti yang dipamerkan pada babak kedua pada baki saingan peringkat kumpulan selepas ini,” katanya.
Keputusan tersebut menyaksikan JDT terpaksa berpuas hati apabila hanya mengutip satu mata selepas mengharungi tiga perlawanan dan akan menentang Shandong Luneng sekali lagi di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 24 April depan.
Ulasan
Catat Ulasan