ACL 2019: JDT Mungkin Turunkan ‘Barisan Kedua’ Hadapi Shandong Luneng


Pengurus Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa membayangkan mungkin akan menurunkan barisan kedua bagi menghadapi kelab gergasi China, Shandong Luneng pada aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
Ini kerana juara bertahan Liga Super itu telah mengharungi jadual yang cukup padat pada bulan ini dan situasi itu menyebabkan beberapa tonggak utama mengalami sedikit kecederaan.
“Beberapa pemain mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC menentang Shandong Luneng pada hari Rabu kerana masalah kecederaan dan keletihan akibat jadual padat yang kami harungi sepanjang bulan April.
“Barisan kejurulatihan dan pemain sedang bekerja keras untuk persiapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia, dan saya berharap dapat melihat satu lagi malam di pentas Asia di mana pemain-pemain menunjukkan keupayaan mereka dan menawan hati penyokong,” katanya dalam kenyataan di laman facebook JOHOR Southern Tigers
Beberapa pemain mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC menentang Shandong…

Bagaimanapun, ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora menyedari kemenangan amat penting untuk memburu slot ke pusingan kalah mati setelah hanya mengumpulkan satu mata selepas 3 perlawanan di peringkat kumpulan.
“Pemain sedar nilai beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara apabila menentang kelab ternama Asia dan mereka jelas tidak kekok malah mempamerkan aksi konsisten dan ia akan berulang apabila kami melayan kunjungan Shandong, malam esok.
“Kami akan menentang salah satu pasukan terbaik di Asia yang dibarisi pemain ternama selain mempamerkan corak permainan pantas tapi perlu memberi tentangan sengit dan mengetepikan apa jua status kelab itu kerana kelebihan beraksi di laman sendiri memberi sedikit kelebihan.
“Bola sepak penuh dengan kejutan. Jika kami beraksi konsisten tidak mustahil kami mampu melakar kejutan ke atas mereka dan kami hampirkan lakukannya ketika menentang Gyeongnam, cuma nasib tidak menyebelahi JDT apabila seri 1-1 pada 12 Mac lalu,” katanya dalam Harian Metro.
FOTO: JST
Selepas menentang Shandong Luneng malam ini, skuad Harimau Selatan bakal berkunjung ke Kuantan menghadapi satu lagi perlawanan penting pada hari ahad ini menentang pasukan kedua dalam carta Liga Super iaitu Pahang.
Meskipun dipisahkan dengan hanya 2 mata, JDT dan Pahang merupakan pasukan yang paling konsisten setakat ini dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Ulasan