Velazquez bukti masih miliki sentuhan pemusnah

Velazquez bukti masih miliki sentuhan pemusnah

Velazquez bukti masih miliki sentuhan pemusnah

Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Leandro Velazquez, tidak perlu menunggu lama untuk kembali memikat peminat skuad Harimau Selatan itu ketika melakukan penampilan pertama sejak 2015 dengan meledak dua gol ketika menewaskan Selangor 4-2 di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Velazquez menyertai JDT sebelum tarikh tutup jendela perpindahan pemain 20 Februari lalu bagi menggantikan Aaron Niguez yang membantu pasukan itu meraih Piala Sumbangsih dalam perlawanan pembukaan musim ini.

Meskipun kepulangan semulanya mengundang persoalan, namun pemain kelahiran Argentina itu membuktikan dia masih mempunyai sentuhan berbisa dengan menjaringkan dua gol dalam penampilan pertamanya itu.

"Saya amat gembira untuk kembali beraksi dengan pasukan ini.

"Dua gol yang dijaringkan itu merupakan hasil usaha keras sepasukan dan ia adalah kemenangan yang penting buat kami," katanya.

Ketajaman Velazquez turut diakui pengurus JDT, Luciano Figueroa.

Kejayaan itu mampu menjadi isyarat buat pencabar pasukannya bahawa rangkaian serangan JDT musim ini semakin berbisa.

"Dia pemain yang bagus dan pemain penting buat kami.

"Dia bijak dan mempunyai teknik yang bagus," katanya.

Ulasan