KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berkolaborasi dengan kelab gergasi Itali, Juventus FC.
Menerusi entri di Facebook (FB) Johor Southern Tigers, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke Itali, hari ini untuk sesi pertemuan bersama Pengerusi Juventus FC, Andrea Agnelli.
Pertemuan itu untuk membincangkan kolaborasi dan jalinan kerjasama antara juara Liga Super Malaysia lima kali itu dan Juventus FC.
Tunku Ismail turut menerima jemputan khas menyaksikan perlawanan Liga Serie A antara Juventus FC menentang Udinese pada 9 Mac 2019.
Ulasan
Catat Ulasan