PEMILIK KELAB JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT), TUNKU ISMAIL MEMBERI BAYANGAN AKAN MEMBAWA MASUK KAPTEN SKUAD KEBANGSAAN MAGHRIBI, MEHDI BENATIA KE SKUAD HARIMAU SELATAN.
INI SELEPAS, TUNKU ISMAIL MEMUAT NAIK GAMBAR BERSAMA PEMAIN YANG KINI BERAKSI DENGAN AL-DUHAIL (QATAR) ITU DENGAN SATU KAPSYEN YANG MENARIK PERHATIAN PEMINAT JDT.
"SALAH SEORANG PERTAHANAN TERBAIK KETIKA BERSAMA AS ROMA, BAYERN (MUNICH) DAN JUVENTUS.
"JUGA SALAH SEORANG PERTAHANAN TENGAH TERBAIK DI DUNIA. GEMBIRA BERJUMPA DENGAN ANDA KAWAN.
"JUMPA ANDA DI JOHOR SEDIKIT MASA LAGI," KATANYA.
DALAM HANTARAN YANG SAMA, TUNKU ISMAIL TURUT MENYEBUT DUA TONGGAK PERTAHANAN JDT, MAURICIO DOS SANTOS DAN ADAM NOR AZLIN.
"@MAUSANTOS33, @ADAMAZLIN09 SAYA RASA SAYA SUDAH MENJUMPAI GANDINGAN UNTUK ANDA. HAHAHA," KATANYA LAGI.
LEBIH MENARIK LAGI, BAYANGAN YANG DIBERIKAN TUNKU ISMAIL ITU NYATA TIDAK BERTEPUK SEBELAH TANGAN APABILA BENATIA TURUT MEMBERI RESPON POSITIF DI INSTAGRAMNYA.
"SATU PENGHORMATAN DAPAT BERTEMU @HRHCROWNPRINCEOFJOHOR. INSYAALLAH SAYA AKAN BERTEMU ANDA DI JOHOR," KATANYA.
Ulasan
Catat Ulasan