TMJ bangga Harimau Selatan ‘mengaum’ di pentas ACL


TMJ bangga Harimau Selatan ‘mengaum’ di pentas ACL


Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan perasaan bangga baginda dengan aksi garang yang ditampilkan oleh Harimau Selatan ketika mengikat naib juara K-League 2018, Gyeongnam FC di Stadium Larkin, dua hari lalu.
Walaupun tampil kali pertama dalam kancah elit bola sepak asia, persembahan tersebut memberi amaran awal kepada pasukan-pasukan lain bahawa JDT bukan sekadar pelengkap jadual tetapi bakal memberikan saingan sengit dan mara sejauh mungkin dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019.

Grafik: JOHOR Southern Tigers

Saya berasa bangga apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menunjukkan bahawa kita tidak berada dalam Liga Juara-Juara AFC hanya untuk mencukupkan syarat, tetapi untuk bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik Asia. Cara bagaimana kami beraksi adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kami bermain dalam kalangan pasukan elit Asia.
“Para pemain, terutamanya pemain tempatan, telah menunjukkan kepercayaan, keberanian dan karakter untuk bersaing di peringkat tertinggi, dan saya cukup gembira dengan kemajuan yang telah dicapai oleh Harimau Selatan sejak beberapa tahun yang lalu. Luaskan Kuasamu Johor.” titah baginda menerusi laman sosial, JOHOR Southern Tigers.


Selain itu, Tunku Ismail yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menghargai sokongan peminat dan penyokong yang turun memberikan sokongan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos. Menurut makluman daripada JOHOR Southern Tigers, tiket pada perlawanan tersebut habis dijual.
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dengan Harimau Selatan – para pemain, barisan kejurulatihan, kakitangan dan penyokong – untuk suasana yang cukup hebat sewaktu perlawanan Liga Juara-Juara AFC di Larkin malam tadi. Ia benar-benar satu suasana yang luar biasa.” titahnya.
Foto Kredit: JOHOR Southern Tigers

Ulasan