Langkau ke kandungan utama

SENTUHAN VELAZQUEZ DITAGIH PETANG INI MENENTANG KASHIMA ANTLERS



SENTUHAN VELAZQUEZ DITAGIH PETANG INI MENENTANG KASHIMA ANTLERS

Sentuhan Velazquez Ditagih Petang Ini Menentang Kashima Antlers

Leandro Velazquez, pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam senarai 10 pemain baharu sesebuah pasukan yang bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) dicalonkan sebagai pemain baharu yang berpotensi menyinar.
Leandro telah beraksi dua perlawanan Liga Super menentang Melaka United dan Selangor. Walaupun masih baharu bersama JDT musim ini, namun penampilan beliau sudah menampakkan kesannya.
Dua gol yang dijaringkan oleh beliau sudah cukup membuktikan sentuhan beliau masih berbisa. Leandro menjadi lagenda JDT apabila jaringan beliau ketika perlawanan akhir Piala AFC membolehkan JDT menjulang trofi Piala AFC 2015 buat pertama kali.
Kepulangan beliau menyertai JDT musim ini mengundang kritikan dari segelintir penyokong. Beliau dibawa masuk menggantikan Aaron Niguez yang telah dilepaskan oleh JDT di hujung tamat tempoh pendaftaran pemain untuk musim 2019.
“Saya amat gembira untuk kembali beraksi dengan pasukan ini.
“Dua gol yang dijaringkan itu merupakan hasil usaha keras sepasukan dan ia adalah kemenangan yang penting buat kami,” kata Leandro Velazquez.
Ketajaman Velazquez turut diakui pengurus JDT, Luciano Figueroa.
Kejayaan itu mampu menjadi isyarat buat pencabar pasukannya bahawa rangkaian serangan JDT musim ini semakin berbisa.
“Dia pemain yang bagus dan pemain penting buat kami.
“Dia bijak dan mempunyai teknik yang bagus,” katanya.
Kini, Leandro akan membawa cabaran JDT ke saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang akan bermula dengn perlawanan menentang Kashima Antlers petang ini pukul 6.
Beliau antara pemain JDT yang mempunyai pengalaman bermain di peringkat seperti ACL selain dari Diogo Lois Santo. 
ACL 2019 Group E :
04/03 : Kashima Antlers vs JDT (6.00 petang)

Ulasan