FELLAINI, 31, membuat 87 penampilan bersama Belgium dan merupakan pemain yang berada dalam barisan ketika mereka menamatkan saingan Piala Dunia di Rusia tahun lalu di tempat ketiga.- AFP
PARIS 8 Mac - Bekas pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa bersama Belgium hari ini.
Pengumuman tersebut dibuat sebulan selepas dia berpindah dari Old Trafford ke kelab China.
“Selepas 12 tahun berkhidmat bersama Belgium di peringkat tertinggi, saya membuat keputusan untuk bersara di pentas antarabangsa.
“Bukan mudah untuk saya membuat keputusan sebegini dan ia tidak hanya dilakukan seorang.
“Bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk saya mengundur diri dan memberikan ruang kepada generasi baharu, pemain muda Belgium bagi meneruskan misi melakar sejarah bersama skuad kebangsaan,” katanya menerusi Twitter.
Fellaini, 31, membuat 87 penampilan bersama Belgium dan merupakan pemain yang berada dalam barisan kerika mereka menamatkan saingan Piala Dunia di tempat ketiga.
Belgium kini menduduki tempat teratas ranking dunia FIFA di depan Perancis, di mana pasukan itu telah menumbangkan mereka di separuh akhir Piala Dunia di Rusia tahun lalu.- AFP
Ulasan
Catat Ulasan