SATU LAGI SEJARAH AKAN TERCIPTA MALAM INI DI LARKIN
Setelah mengharungi perlawanan bersejarah di Stadium Kashima pada 05 Mac lepas, kini satu lagi sejarah akan tercipta di Larkin.
Jika di Jepun adalah perlawanan pertama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam sejarah Liga Juara-Juara AFC (ACL), di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos pula akan mencatat sejarah perlawanan pertama JDT dalam ACL di tempat sendiri.
Sebagai penyokong JDT, kita tidak boleh lepaskan peluang bersama mencipta sejarah itu dengan hadir bersama menyokong pasukn JDT di stadium malam ini. Ada beberapa perkara yang menjadi justifikasi mengapa kita perlu hadir memenuhkan setiap ruang stadium.
Selain dari sama2 mencipta sejarah itu, sokongan dari penyokong juga diperlukan untuk memberi mereka semangat bertemu wakil dari Korea Selatan, Gueongnam FC. Sokongan yang tidak berbelah bahagi turut boleh mengubah permainan ke arah mendapatkan keputusan yang positif.
Walaupun misi berada dalam kancah ACL musim ini sekadar mendapatkan pengalaman untuk digunakan pada musim-musim akan datang, namun peluang untuk JDT mencipta keputusan positif tetap ada.
Kekebalan Stadium Larkin sudah kita ketahui termasuklah belum pernah tewas dalam Liga Super sejak 2013. Ia boleh dijadikan semangat dan keyakinan bagi pemain malam ini.
Keputusan seri sudah cukup baik bagi JDT. Jika memenangi perlawanan malam ini ia akan memberikan satu bonus besar bagi JDT. Keputusan seri atau menang akan tetap menjadi sejarah buat JDT.
Dalam perlawanan pertama ACL 2019 Kumpulan E, JDT tewas di tangan Kashima Antlers 1-2 di Jepun mnggu lepas. Manakala Gyeongnam FC berjaya mengikat Shandong Luneng 2-2 di tempat mereka sendiri. Selepas perlawanan pertama, JDT berada di tangga terbawah Kumpulan E, namun ia bukan menjadi satu penghalang bagi JDT untuk mencipta keputusan positif nanti. Malah ia akan dijadikan satu semangat bagi pemain yang akan diturunkan nanti.
Siapakakah yang akan menjadi penjaring pertama di Stadium Larkin ? Penjaring JDT pertama dalam ACL telah dicipta oleh Diogo Santo apabila berjaya menjaringkan gol bertemu Kashima Antlers pada minit ke 80.
Kelibat dan pengalaman Diogo Santo selepas cemerlang bersama Buriram United beraksi dalam ACL. Diogo merupakan penjaring terbanyak Liga 1 Thai musim 2018.
Kehadiran penyokong malam ini dijangka memenuhi ruang stadium. Para penyokong yang hadir diharapkan dapat membawa seorang satu bendera Johor bagi memeriahkan dan menghangat perlawanan malam ini.
Selain itu, ada beberapa peringatan dari pihak marshal stadium yang mesti dipatuhi. Kita diingtkn supaya tidak berdiri di kawasan laluan dan tidak duduk di tangga .
Para penyokong juga diingatkan supaya duduk mengikut nombor tempat duduk yang tertera pada tiket masing-masing.
Ini perlawanan peringkat Asia, bukan Malaysia. Seharusnya kita dapat menunjukkan satu keperibadian terpuji.
Ulasan
Catat Ulasan