RONALDO SUDAH BERADA DI JOHOR UNTUK SAKSIKAN PERLAWANAN MALAM INI



RONALDO SUDAH BERADA DI JOHOR UNTUK SAKSIKAN PERLAWANAN MALAM INI

Ronaldo Sudah Berada Di Johor Untuk Saksikan Perlawanan Malam Ini

Ronaldo Luis Nazario de Lima (Ronaldo) seperti yang telah disebut-sebut sebelum ini akhirnya telah menjdi kenyataan hadir di bumi Johor.
Beliau akan bersama penyokong-penyokong JDT menyaksikan perlawanan bersejarah buat JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL). Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang Geongnam FC malam ini di Stadium Larkin.
Sebaik sahaja tiba di Johor, legenda Brazil, Ronaldo dibawa melihat prasarana dan infrastruktur yang dimiliki oleh Kelab JDT di Pusat Latihan Padang Seri Gelam hari ini.


Apa yang menariknya, Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali dan pernah bermain untuk Barcelona, Real Madrid, AC Milan and Corinthians ini akan turut menyaksikan perlawanan sulung Liga Juara-Juara AFC (ACL) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini. 
Ini akan mencatat satu lagi sejarah seorang lagi lagenda bola sepak dunia akan hadir di Stadium Larkin, bersama-sama anda menyaksikan perlawanan kedua JDT dalam ACL 2019.

Ulasan