Langkau ke kandungan utama

Ronaldo ceriakan penyokong, pemain JDT

KEHADIRAN Ronaldo mencuri tumpuan penyokong JDT.

KEHADIRAN Ronaldo mencuri tumpuan penyokong JDT.

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kemun­culan Pemain Terbaik Dunia tiga kali, Ronaldo di Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mencuri tumpuan pemain dan peminat skuad Harimau Selatan.
Ronaldo, 43, yang merupakan pemilik kelab La Liga, Real Val­ladolid datang untuk me­ngadakan perbincangan dengan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tentang kemungkinan membawa pemain muda JDT berlatih bersama skuad Real Valladolid B dalam divisyen dua Sepanyol.
Sebaik sahaja tiba di Johor Bahru, Ronaldo dibawa melihat prasarana JDT di pusat latihan Padang Seri Gelam, selain berkesempatan menonton aksi Liga Juara-Juara Asia antara Harimau Selatan menentang kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC.
Pada zaman kegemilangannya sebagai pemain, Ronaldo membantu Brazil menjulang Pia­la Dunia 1994 dan 2002, selain merangkul pelbagai kejua­raan utama bersama kelab gergasi seperti Barcelona, Inter Milan, Real Marid dan AC Milan.
“Bertambah menarik, satu lagi sejarah yang cukup manis buat JDT apabila Pemain Terbaik Dunia tiga kali yang pernah bermain untuk Barcelona, Real Mad­rid, AC Milan and Co­rinthians menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara Asia menentang kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC,” menurut Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers.
Ronaldo pernah beraksi di negara ini apabila Brazil mengalahkan Malaysia 4-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang Piala Dunia 2002 Korea/Jepun yang akhirnya dimenangi mereka buat kali kelima.

Ulasan