JOHOR BAHRU: Rehat panjang antara punca utama Johor Darul Ta'zim II (JDT II) hilang tiga mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Sarawak pada aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam,” kata pengendali JDT II, Ervin Boban.
Kami bagaikan hilang rentak. Ini yang kami jangka kerana rehat yang agak panjang menyebabkan pemain seolah-olah tidak mampu beraksi dengan baik dan saya perlu bekerja keras untuk pastikan pemain kembali menemui rentak,” kata Boban.
"Apapun saya tidak mahu menyalahkan pemain 100 peratus kerana mereka sudah beri yang terbaik dalam perlawanan malah faktor pertukaran gelanggang dari Pasir Gudang ke Larkin agak menganggu emosi pemain yang mungkin agak terkejut.
"Satu mata pun cukup berbaloi kerana dalam permainan bola sepak anda tidak boleh terlalu bergantung pemain akan beraksi cemerlang."
Ditanya berkenaan tindakan penjaga gol, Haziq Nadzli yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan tetapi sedikit kesilapan apabila menjatuhkan kapten Bobby Gonzales di dalam kotak penalti menyebabkan Sarawak bangkit menyamakan jaringan menerusi jaringan Hudson Dias, pengendali kelahiran Croatia itu enggan menyalahkan penjaga gol bawah 23 tahun negara.
"Saya tidak gemar menyalahkan mana-mana pemain jika kita gagal malah saya juga pernah melakukan kesilapan ketika karier sebagai pemain. Apa yang diutamakan bagaimana untuk meningkatkan kualiti permainan dan terus mempamerkan aksi terbaik," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan