PKNP FC Mahu Elak Daripada Menjadi Mangsa Belasahan JDT



Tugas berat sedang menanti pasukan kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) apabila bakal berkunjung ke Larkin untuk menentang juara liga super 5 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) sabtu ini.


Bagaimanapun, Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata dalam stadium astro melahirkan kebimbangan anak buahnya akan dibelasah dengan jaringan yang besar berikutan kepincangan benteng pertahanan pasukan itu.
Minggu lalu, PKNP FC tewas kepada Pahang dengan jaringan 3-0 sehingga mengundang rasa tidak puas hati pengendali skuad itu yang menyifatkan pemain importnya hanya indah khabar dari rupa. Pemain yang dimaksudkannya ialah dua pemain yang berstatus skuad kebangsaan iaitu Amani Aguinaldo (Filipina) dan Siyovush Asrorov (Tajikistan).
“Jika corak yang sama ketika menentang Pahang dipamerkan, saya pasti kami akan dibelasah JDT pula.
“Mereka adalah pasukan terbaik negara dan kami akan menghadapi masalah jika melakukan kesilapan-kesilapan mudah,” katanya.

Foro: PKNP FC
Abu Bakar berkata dia akan berusaha meningkatkan keyakinan anak buahnya terutama pemain di bahagian benteng untuk menghadapi ujian getir nanti.
“Ini ujian paling getir buat PKNP FC kerana bertemu lawan handalan.
“Suka atau tidak, pemain kena berikan kesungguhan dan persembahan terbaik mereka untuk mengelak menjadi mangsa JDT, ” katanya.

FOTO: PKNP FC
Mengulas mengenai prestasi pemain ketika bertemu skuad Tok Gajah, Abu Bakar berkata pemainnya terlalu menghormati lawan sehingga gagal menampilkan corak permainan sebenar.
“Mereka tidak mempamerkan aksi seperti biasa gara-gara terlalu menghormati pemain lawan.
“Jadi, saya harap anak buah saya akan turun dengan tekad tinggi biarpun memang mustahil kami mampu melakukan sebarang kejutan di Larkin, ” tambahnya.

Ulasan