Perlawanan Liga Super LS6 menyaksikan beberapa lagi pemain cemerlang membantu pasukan masing-masing. Ini adalah kedudukan Liga Super selepas tamat LS6.
Kali ini kami menyenaraikan 4 pemain tempatan untuk bek berempat selepas aksi cemerlang mereka. Berikut adalah kesebelasan pilihan kami untuk LS6.KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LS6 unifi LIGA SUPER 2019#unifiLigaSuper2019 pic.twitter.com/y9oJfkx22P— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 10, 2019
Penjaga gol – Zarif Irfan (PKNS FC)
Beliau melakukan ‘clean sheet’ sekali lagi dan membolehkan beliau meneruskan rekod tidak bolos sebanyak 4 perlawanan berturut-turut. Antara sebab PKNS cemerlang musim ini kerana ketangkasan beliau di gawang gol.
Melakukan beberapa aksi menyelamat ketika aksi menentang Kedah untuk memastikan gawang tidak dibolosi.
Bek kanan – Zaiful Hakim (Kuala Lumpur)
Walaupun Kuala Lumpur akhirnya tewas dengan kebangkitan 3 gol oleh Selangor, namun bek kanan Kuala Lumpur ini mencipta 2 gol – salah satu daripadanya adalah ‘assist’.
Syafwan Sahlan yang tidak dikawal pertahanan pasukan Selangor berjaya menanduk masuk bola hasil hantaran lintang Zaiful Hakim ke dalam gawang. 1-0.pic.twitter.com/UE8hIiGaMz— FOX Sports Malaysia (@FOXSportsMY) March 10, 2019
Bek tengah – Adam Nor Azlin (JDT)
Pemain yang terus cemerlang bersama JDT pada awal musim ini. Jika Adam meneruskan aksi ini, tidak mustahil beliau akan terus menjadi bek tengah utama Harimau Selatan untuk kempen musim ini.
Ini pula reaksi oleh Adam Nor Azlin, pertahanan pasukan JDT selepas tamat perlawanan #JDTPKNP sebentar tadi.#unifiLigaSuper2019#MFLLivepic.twitter.com/Ud56RMxo8x— MFL LIVE (@MFL_Live) March 9, 2019
Bek tengah – Nasrullah Hanif (Terengganu)
Menunjukkan aksi cemerlang dalam aksi menentang Melaka. Beliau turut menjaringkan 1 gol – meneruskan rekod cemerlang pemain pertahanan Terengganu musim ini di hadapan gol.
Ulasan
Catat Ulasan