Langkau ke kandungan utama

PENAMPILAN SULUNG DAN GOL PERTAMA DALAM SEJARAH JDT DALAM ACL



PENAMPILAN SULUNG DAN GOL PERTAMA DALAM SEJARAH JDT DALAM ACL

Penampilan Sulong Dan Gol Pertama Dalam Sejarah JDT Dalam ACL

Perlawanan pertama yang bersejarah buat Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan berprestij kelab Asia berakhir dengan kekalahan 1-2 di tangan Kashima Antlers.
Walaupun tewas, JDT tetap memberi saingan dan membuat beberapa cubaan menarik ke arah gol lawan. 
Pada minit ke 14, JDT dihukum dengan sepakan penalti berpunca dari kekasaran yang dilakukan oleh penjaga gol JDT, Farizal Marlias. Kecekapan Farizal menjangka bola rembatan Serginho di sebelah kanan beliau dapat menyelamatkan pintu gol JDT. 
Gol-gol Kashima Antlers dijaringkan oleh Tauki Hirato pada minit ke 43 dan Seginho pada minit ke 56 perlawanan hasil dari lambungan bola melepasi Farizal.
Gol tunggal JDT dijaringkan oleh Diogo Santo melalui sepakan kaki kiri beliau tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol Kashima Antlers.
Gol yang dijaringkan oleh Diogo merupakan gol pertama JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC. Ia suatu kebanggaan JDT juga kerana gol tersebut dijaringkan dalam perlawanan sulong JDT dan di tempat lawan.


Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E, Gyeongnam FC seri 2-2 dengan Shandong Luneng. Perlawanan berikutnya bagi JDT dalam ACL adalah bertemu Gyeongnam FC di Stadium Larkin. 

Foto Kredit : The AFC

Ulasan