MORA BANGGA DENGAN PERSEMBAHAN PEMAIN JDT

MORA BANGGA DENGAN PERSEMBAHAN PEMAIN JDT

Mora Bangga Dengan Persembahan Pemain JDT

Benjamin Mora, ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menyembunyikan reaksi beliau dari merasa bangga dengan persembahan anak buahnya mengutip mata pertama dalam sejarah ACL mereka.
Akan tercatat dalam sejarah rekod JDT yang hanya memerlukan dua perlawanan sahaja untuk mengutip mata sulong mereka dalam Lig Juara-Juara AFC (ACL). 
Selepas JDT tewas nipis 1-2 di tangan  Kashima Antlers minggu lepas, minggu ini pula JDT meraih 1 mata apabila seri 1-1 dengan Gyeongnam FC, kelab dari Korea Selatan. 
Sebenarnya, sepanjang perlawanan malam tadi, Gyeongnam FC hanya mengancam melalui ‘set pieces’. Kemudian dua tendangan penjuru setiap separuh masa pertama dan kedua. Sungguh pun begitu Gyeongnam FC mampu menjaringkan gol pendahuluan melalui Kwak Tae-Hwi pada minit ke 52 walaupun mempunyai peluang yang terhad.

Dengan penguasaan permainan yang dominan dan mencipta beberapa peluang jaringan gol, JDT memaksa Lee Bum-Soo bekerja keras mengawal serangan demi serangan.
Gol penyamaan terhasil melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Diogo Luis Santo pada minit ke 68 dan membuatkan Benjmin Mora bangga dengan apa yang dipersembahkan oleh pasukannya malam tadi.
“Ia adalah perlawanan ‘home’ pertama kami melawan pasukan yang bagus dan bermain dengan baik serta kawalan bola tinggi yang baik. Namun begitu, kami bangga pemain mampu memberi persembahan seperti itu. Pada saya ia sungguh menakjubkan dengan cara mereka melawan tanpa merasa rendah diri.” kata Benjamin Mora
“Kita tahu kita ada peluang menang. Dua kali terkena palang dan dua kali terkena tiang. Mereka tahu mereka bole buat sesuatu walaupun ketinggalan 0-1. Pemain kami belum berpuas hati dengan 1 mata yang akan dikutip. Kami meneruskan serangan dalam keadaan risiko dengan serangan balas mereka yang bahaya.”
“Kami menurunkan ramai pemain muda seperti Nazmi Faiz, Afiq Fazail, dan Safawi Rasid. Kita ada Adam Nor Azlin yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Mereka menunjukkan personaliti dan konitmen yang baik. Dan kemudian kami ada seorang pemimpin seperti Diogo yang memberikan keyakinan kepada pemain lain.”

Menurut artikel goal.com, penulisnya memberi rating prestasi setiap pemain JDT sekurang-kurangnya 7/10 . Pemain-pemain JDT memaksa penjga gol Gyeongnam FC bekerja keras berdepan dengan tujuh cubaan tepat dan 21 jumlah percubaan dari pasukan tuan rumah, JDT.
Ini termasuklah Izham Tarmizi yang senaraikan dalam kesebelasan utama JDT disaat-saat akhir menggantikan Farizal Marlias yang mengalami kecederaan ketika sesi memanas badan sebelum mula perlawanan. Izham mengawal gawang gol dengan baik malam itu walaupun terpaksa melepaskan 1 gol.
Dengan melihat persembahan JDT malam itu, JDT dilihat akan mengintai peluang sebaik mungkin mengutip mata melalui baki dua perlawanan di Stadium Larkin selepas ini sekiranya tidak melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Ia dianggap penting kerana memberi saingan kepada pihak lawan itu akan memberi mereka konfiden atau keyakinan diri yang positif. Disamping itu ia akan memberi satu kepercayaan dan tanggapan bahawa mereka berada dalam golongan pasukan elit bola sepak Asia.
Sumber : Petikan dari goal.com
Keedit Foto :

Ulasan